Default – Above Header Ads

Permintaan untuk Pakar Undang-undang dengan Pengetahuan Teknologi Blockchain Meningkat

 

Permintaan untuk pakar undang-undang dengan pengetahuan teknologi blockchain semakin meningkat, menurut pengarah urusan Major, Lindsey & Africa, Brian Burlant yang merekrut untuk firma guaman dan bahagian undang-undang in-house. Berita itu diterbitkan oleh laman web maklumat dan berita undang-undang law.com pada 17 April.

Menurut Burlant, firma guaman sedang menghadapi kesukaran memenuhi keperluan industri matawang kripto dan blockchain untuk peguam kerana kekurangan calon yang betul-betul memahami teknologi itu. Burlant berkata kebanyakan peguam masuk ke dalam dunia kripto dari latar belakang undang-undang swasta atau kerajaan, di mana mereka berurusan secara khusus dalam matawang kripto.

Burlant berkata bahawa “untuk pelajar undang-undang dan mereka yang masih di awal kerjaya mereka, menggabungkan pendekatan praktikal perniagaan dengan pemahaman teknologi itu adalah cara yang terbaik.” Dia juga menasihati pelajar undang-undang untuk fokus ke atas blockchain dan bukannya matawang kripto, kerana blockchain akan menjadi “game changer.” Mary K. Young, seorang rakan kongsi di Zeughauser group berkata:

“Saya rasa ruangan blockchain adalah sesuatu yang popular untuk peguam menghala ke penghujung 2017, dan kemudian kejatuhan matawang kripto berlaku, dan ramai peguam yang berkerja dalam kripto atau blockchain kembali kepada apa yang mereka lakukan Sebelum ini, seperti Silicon Valley di tahun 90-an.”

Young juga berkata undang-undang privasi telah berkembang dengan cepat, dengam banyak syarikat global dan kebangsaan menambah keupayaan dalam sektor privasi dan keselamatan data dalam lima tahun yang lalu.

Seperti yang dilaporkan, perbelanjaan blockchain global dijangka adalah sebanyak hampir $2.9 bilion dalam 2019, iaitu kenaikan 88.7% daripada 2018. Sektor kewangan akan menjadi ketua industri dari segi perbelanjaan untuk pembangunan blockchain tahun ini. Perbankan, sekuriti, perkhidmatan pelaburan dan perkhidmatan insurans dijangka akan melabur lebih dari $1.1 bilion daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan blockchain global.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/demand-for-legal-experts-with-blockchain-tech-knowledge-is-high-report

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.