Permodalan Pasaran Bitcoin Menurun Di Bawah $ 100 Billion Setelah Hard Fork BCH Merisaukan Pelabur
Kini sudah lebih dari 24 jam sejak Bitcoin merisaukan para pelabur dengan kejatuhan 10 peratus dengan mendadak. Kadar pertukaran Bitcoin-ke-Dolar telah melonjak 2.21 peratus daripada tahap rendah sebelumnya pada $ 5291, kini berdagang pada $ 5587. Pasaran telah meningkat tetapi masih berada di bawah penilaian 100 bilion dolar. Tetapi dalam kes Bitcoin, trend negatif lebih didorong oleh ketakutan yang disebabkan oleh hard fork.
Hard fork Bitcoin Cash (BCH) dianggap sesetengah pihak sebagai pelaku utama kepada keaadan pasaran kripto terkini. Peningkatan perisian telah menjadikah BCH kepada dua rangkaian, disebut BCHABC dan BCHSV. Para pelabur menanggap bahawa BCH, yang sendiri pecah dari blockchain asal Bitcoin, mempengaruhi harga pasaran Bitcoin sekarang ini.
Stephen Innes, ketua perdagangan Oanda Corp Asia, meramalkan bahawa hard fork BCH boleh menjejaskan pasaran kripto jauh lebih lama daripada yang dijangka. Menurut penganalisis, harga BTC akan berterusan menurun dan memecahkan paras sokongan psikologi pada $ 5,000.
Sumber:
https://www.ccn.com/bitcoin-market-cap-slides-below-100-billion-as-bch-fork-spooks-investors/