Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pertubuhan Pembangunan Stellar dan Keybase Bekerjasama untuk Melancarkan Airdrop $120 juta

Pertubuhan Pembangunan Stellar, organisasi non-profit yang ditubuhkan untuk membangun rangkaian sumber terbuka Stellar, akan melancarkan airdrop $120 juta dengan kolaborasi aplikasi permesejan enkripsi Keybase.

Menurut terbitan blog pada 9 September, Keybase akan memberi 100 juta Stellar (XLM) setiap bulan sepanjang 20 bulan seterusnya kepada pengguna mereka, yang akan berjumlah 2 bilion XLM, atau hampir $120 juta. Keybase akan mengedarkan XLM kepada penggunanya yang berjumlah lebih 300,000 pengguna.

Pertubuhan itu menyatakan bahawa peserta yang layak perlu mempunyai akaun Keybase sebelum pengumuman pada 9 September, dan jika mereka baru kepada aplikasi tersebut perlu menghubungkan akaun Keybase kepada akaun Github atau HackerNews yang didaftarkan sebelum 9 September.

Airdrop itu akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga bulan, dan selepas itu Stellar Development Foundation akan menentukan sama ada program itu berjaya dan patut diteruskan.

Stellar – sebuah teknologi pembayaran yang dibina di atas protokol Ripple – adalah matawang digital ke-12 terbesar berdasarkan kapital pasaran. Sewaktu penulisan, XLM didagangkan pada harga $0.06.

Pada awal bulan September, firma pengurusan aset Amerika Franklin Templeton Investments memfailkan prospectus preliminari dengan penguatkuasa Amerika untuk dana pasaran wang kerajaan dengan fokus kepada saham berdasarkan blockchain di Stellar Network.

Pada bulan Julai, Stellar Foundation, Ethereum Foundation dan Fidelity mula menyokong satu program accelerator blockchain yang dipanggil Startup Studio. Projek bermatlamat untuk membekalkan bengkel kerja kepada startup blockchain untuk membantu mereka menambah baik reka bentuk produk, undang-undang dan kejuruteraan, pembangunan smart contract dan rekrut – termasuk bidang lain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/stellar-development-foundation-and-keybase-jointly-launch-120m-airdrop

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads