Default – Above Header Ads

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Rusia Memohon Bantuan UN untuk Ekstradisi Alexander Vinnik

 

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Rusia telah meminta UN untuk membantu dalam ektradisi bekas operator bursa pertukaran BTC-e, Alexander Vinnik, dari Greece ke Rusia. Berita itu dilaporkan oleh media tempata Rusia, TASS, pada 5 Mac.

Dalam pertemuan antara Pesuruhjaya Tatyana Moskalkova dan Michelle Bachelet pada 5 Mac, Moskalkova dilaporkan menyatakan bahawa Vinnik dalam keadaan kritikal kerana mogok lapar yang dia mulakan pada bulan November 2018. Moskalkova juga mengataka bahawa isteri Vinnik sedang sakit tenat. Ombudswoman itu berkata:

“Memandangkan keadaan kemanusiaan yang tidak dijangka, saya ingin meminta bantuan untuk ekstradisi Vinnik ke Rusia supaya dia lebih dekat dengan keluarganya.”

Pada penghujung Februari, Moskalkova memanggil Hakim Greece, Michalis Kalogirou untuk ekstradisi Vinnik ke Rusia berikutan keadaan kesihatannya yang semakin teruk dan prosiding jenaya institusi terhadapnya di Rusia.

Moskalkova juga telah menghantar surat kepada Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Red Cross, Peter Maurer, Menteri Kesihatan Greece Andreas Xanthos dan Ombudsman Greece Andreas Pottakis, meminta untuk memberi Vinnik bantuan perubatan berikutan mogok lapar itu.

Vinnik ditahan polis Greece pada bulan Julai 2017 atas permintaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Penguatkuasa telah membuat pertuduhan penipuan dan penggubahan wang haram berjumlah 300,000 Bitcoin sepanjang 6 tahun terhadap Vinnik.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Penguatkuasa Perancis juga mendakwa Vinnik telah menipu lebih 100 orang di enam bandar Perancis antara 2016 dan 2018. Rusia dan Perancis sejak itu telah memohon ekstradisi defendan untuk pendakwaan di mahkamah.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/russian-human-rights-commissioner-seeks-un-help-to-extradite-alexander-vinnik

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.