Pesuruhjaya SEC Hester Peirce: Pasaran Kripto Perlu Kawal Selia Sendiri Bila Perlu
Pesuruhjaya SEC Amerika Syarikat, Hester M. Peirce, telah berhujah untuk pengawalseliaan sendiri (self-regulation) pasaran kripto di mana perlu. Pesuruhjaya itu mengeluarkan kenyataan itu semasa persidangan terbuka bersama bekas pengerusi Commodity Futures Trading Commission (CFTC), Gary Gensler di Bitcoin Expo MIT 2019 pada 9 Mac.
Konteks untuk komen Peirce adalah cadangan dari Gensler untuk rangka kerja kawal selia di tahap kebangsaan yang lebih menyeluruh. Dalam pendapat Gensler, ini bukan hanya merangkumi platform perdagangan yang menawarkan token sekurIti atau instrumen pelaburan kompleks sahaja, tetapi juga mereka yang menyenarai komoditi seperti Bitcoin.
Peirce memberi respon:
“Satu perkara penting yang perlu diingati adalah individu mengawal sesama sendiri dalam interaksi mereka, dan itulah tujuan disebalik idea Bitcoin, bahawa ia boleh menjadi komuniti yang boleh mengawal selia sendiri. Apabila masalah timbul, orang dalam komuniti itu akan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu. Satu model mungkin adalah dengan penguatkuasa kerajaan, tetapi saya rasa ia bukanlah satu-satunya model.”
Hujah Gensler untuk mengembangkan kawal selia tahap kebangsaan kepada spektrum perdagangan kripto yang lebih meluas tertumpu kepada penambahbaikan perlindungan pelabur, menyelaraskan pencegahan penggubahan wang haram dan merapatkan jurang kawal selia dan penguatkuasaan sedia ada di seluruh negeri.
Peirce berterusan menyokong kawal selia yang lebih ringan daripada kerajaan selagi boleh. Namun begitu, dia tetap menekankan bahawa penawaran sekuriti perlu patuh kepada keperluan pendaftaran SEC, dan menyokong usaha platform perdagangan kripto besar untuk mendaftar dengan agensi itu sebagai bursa pertukaran atau platform perdagangan alternatif untuk menyenaraikan token sekuriti.
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, Peirce mempunyai reputasi yang positif dalam kalangan komuniti kripto, mendapat gelaran “Crypto Mom” kerana dia tidak bersetuju dengan keputusan kedua SEC untuk menolak Bitcoin ETF yang dipohon olek kembar Winklevoss tahun yang lalu.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!