Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pieter Wuille Mendedahkan Dua Cadangan untuk Soft Fork Bitcoin Akan Datang

Pembangun aktif Bitcoin Pieter Wuille mendedahkan dua Bitcoin Improvement Proposals (BIP) pada 6 Mei yang menawarkan perancangan yang boleh menjadi penting untuk naiktaraf matawang kripto itu.

Kedua-dua cadangan itu, diumumkan di senarai emel pembangun Bitcoin, menggambarkan Taproot, perubahan kod yang direka bentuk untuk menambah privasi Bitcoin. Taproot dijangka akan digabungkan dengan naiktaraf yang dipanggil Schnorr dalam soft fork yang pembangun Sudah nantikan buat sekian lama, membuka jalan untuk penambahbaikan privasi dan skalabiliti kepada Bitcoin.

Pembangun telah lama berfikir bagaimana untuk menyusun naiktaraf ini. Terdapat beberapa cadangan  perubahan kepada Bitcoin dalam beberapa tahun dan, kerana mereka semua berkaitan, ianya masuk akal untuk implementasi mereka semua bersama-sama. Ini termasuk Merkelized Abstract Syntax Trees (MAST), menambah, menambah baik smart contract Bitcoin, tandatangan Schnorr, yang akan menambah cara lain untuk menandakan transaksi Bitcoin, dan Taproot, yang menambah privasi yang lebih baik.

Pasangan cadangan Taproot ini, yang boleh didapati di Github adalah satu lagi isyarat bahawa peralihan akhirnya akan berlaku.

Ia adalan penting bahawa butiran teknikan ini adalah awam kerana banyak pembangun dalam komuniti boleh melihatnya dan menentukan sama ada mereka setuju dengan perubahan tersebut. Jika komuniti bersetuju dengan perubahan itu, ia akan boleh berjalan dengan langsung setelah diusahakan selama beberapa tahun.

Yang menarik adalah beberapa orang akan menganggap ia adalah kurang kontroversi daripada soft fork Bitcoin sebelum ini yang mengaktifkan Segregated Witness (SegWit). Pembangun Bitcoin Cash, mereka yang berpisah dari komuniti Bitcoin kerana mereka tidak bersetuju dengan perubahan kod itu, nampaknya sangat sukakan Schnorr. Malah, mereka sedang implementasi teknologi yang lebih kurang sama dalam masa seminggu.

Untuk butiran lebih lanjut, BIP pertama Wuille menggambarkan “jenis output versi 1 SegWit baru, dengan peraturan perbelanjaan berdasarkan Taproot, tandatangan Schnorr dan dahan Merkle.”

Sementara itu, BIP yang kedua menggambarkan “semantik sistem skrip awal di bawah big-taproot.”

Wuille menambah dalam emelnya bahawa walaupun BIP itu termasuk Schnorr, MAST dan Taproot, satu lagi ciri yang dinanti-nantikan mungkin tidak akan disertakan kali ini:

“Walaupun banyak idea lain yang wujud, tidak semua boleh dimasukkan. Ini termasuk beberapa idea yang boleh diimplementasi secara berasingan tanpa kehilangan kelancarannya. Salah satu idea itu adalah integrasi SIGHASH_NOINPUT, yang kami sedang usahakan sebagai cadangan berasingan.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/new-bips-hint-at-upcoming-taproot-bitcoin-soft-fork

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.