Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pihak Berkuasa China Menyita Hampir 7,000 Mesin Perlombongan Kripto

Pihak berkuasa China telah merampas hampir 7,000 mesin perlombongan kripto yang menggunakan kuasa elektrik yang secara haram. Penyitaan mesin perlombongan matawang kripto adalah sebagai sebahagian daripada pemeriksaan ke atas lebih daripada 70,000 isi rumah, 3,061 peniaga, 1,470 komuniti, serta kilang-kilang, lombong, halaman dan kampung-kampung di Daerah Kaiping, Tangshan. Pemeriksaan itu dijalankan oleh polis Tangshan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Elektrik Negeri dan pihak berkuasa lain yang ingin memeriksa penggunaan elektrik yang mencurigakan.

Semasa siasatan, yang pada awalnya bermula pada April tahun lepas, pihak berkuasa merampas 6,890 pelombong ASIC dan 52 transformer berkuasa tinggi. Menurut pihak polis, pelombong kripto telah mencuri elektrik dari sebuah kampung berhampiran. Polis juga mengatakan bahawa mesin perlombongan Bitcoin (BTC) beroperasi 24 jam sehari, menggunakan tenaga elektrik pada kadar sehingga 40 kali dari keluarga biasa.

China, yang mana pelombong BTC pada masa ini bertanggungjawab sebanyak 66% daripada kadar hash global, telah secara aktif melancarkan operasi melawan penggunaan tenaga secara haram oleh pelombong kripto. Pada pertengahan November, pengawal selia di Wilayah Autonomi Inner Mongolia China mengetatkan pengawasan mereka terhadap syarikat-syarikat perlombongan kripto, kerana mereka berhasrat menghantar unit pemeriksaan untuk memastikan “pembersihan dan pembetulan syarikat-syarikat perlombongan matawang kripto” di rantau itu.

Rujukan:

http://m.news.cctv.com/2019/12/22/ARTIfsbDMqBMrW5EuyS1ORzG191222.shtml

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads