Default – Above Header Ads

Pihak Berkuasa Sekuriti Israel Beralih Ke Blockchain Untuk Tingkatkan Keselamatan Siber

 

Pihak Berkuasa Sekuriti Israel (ISA) telah mula menggunakan blokchain untuk meningkatkan keselamatan siber sistem pemesejannya. Pengawal selia kerajaan dilaporkan telah membina teknologi itu ke dalam sistem yang digelar “Yael,” yang digunakan untuk menyampaikan mesej dan informasi lain kepada entiti yang berada di bawah pengawasan ISA.

ISA juga merancang untuk melaksanakan teknologi blockchain dalam dua sistem lain, termasuk sistem pengundian dalam talian yang membolehkan para pelabur mengambil bahagian dalam mesyuarat ISA dari jauh dan sistem yang dipanggil ‘Magna’ yang menyimpan semua laporan yang difailkan oleh entiti yang dikawal oleh ISA. Penyelesaian blockchain yang digunakan oleh ISA dilaporkan dibangunkan oleh firma IT, Taldor. Teknologi ini dapat memberikan penyelesaian yang teguh untuk menentang penipuan, kerana ia dapat digunakan untuk mengesahkan kesahihan komunikasi, serta melindungi terhadap pengeditan selepas penghantaran. Peralihan kepada teknologi blockchain “menambah lapisan lain untuk memastikan maklumat dapat dihantar kepada badan yang diselia dengan kredibiliti dan integriti maklumat yang tinggi.”

Natan Hershkovitz, pengarah Jabatan Sistem Maklumat ISA, mengatakan bahawa langkah untuk mengintegrasikan blockchain sejajar dengan “trend yang berkembang di seluruh dunia, dan dalam bidang kewangan khususnya, untuk melahirkan teknologi inovatif.”

Sumber:

https://www.timesofisrael.com/israel-securities-authority-starts-using-blockchain-for-cybersecurity/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.