Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pixowl Mendapatkan Pelaburan Sebanyak $2.5 Juta untuk Permainan Sandbox berdasarkan Blockchain

Pembangun video game Pixowl, pembangun permainan seperti Garfield: Survival of the Fattest dan Goosebumps HorrorTown, mengumumkan ia telah menutup pusingan pelaburan bernilai $2.5 juta untuk iterasi berdasarkan blockchain permainan popularnya, The Sandbox. Syarikat itu sudahpun mempunyai lebih satu juta pengguna aktif harian (majoriti di Korea Selatan), dan perkembangan ini dijangka akan membawa lebih banyak pemain.

Syarikat induk Animoca Brands menjelaskan bahawa pembangun permainan itu sedang integrasi sokongan untuk Klaytn, platform blockchain yang dibangunkan oleh Kakao, untuk menyokong 220+ juta pengguna KakaoTalk. KakaoTalk adalah aplikasi permesejan paling popular di Korea Selatan, dengan lebih 90 peratus penembusan pasaran dan hampir 50 juta pengguna aktif bulanan.

Integrasi dengan platform ini akan membuka The Sandbox kepada pengguna yang sangat meluas dan meletakkan dirinya sebagai pesaing platform permainan berdasarkan blockchain lain seperti Decentraland dan World of Ether. Dan pasaran Korea suka gaming dan kripto, yang mungkin adalah salah satu sebab mengapa Hashed, ketua pelabur pusingan itu sangat teruja.

The Sandbox adalah permainan open-world yang sama dengan Minecraft, tetapi dengan kebolehan tambahan untuk mencipta objek statik atau animated voxel. Dalam memindahkan permainan untuk kepada blockchain, setiap item dalam permainan akan menjadi Non-Fungible Token (NFT) dengan kebolehan untuk memindahkannya antara permainan dalam metaverse permainan Animoca.

Pasaran Korea adalah di mana model perniagaan permainan yang kini dianggap ruji sebelumnya diuji di pasaran terbuka, seperti permainan free-to-play dengan transaksi mikro dalam permainan. Walaupun matawang dalam permainan tidak boleh dipindahkan, kebolehan untuk memindahkan aset dalam permainan adalah sesuatu yang syarikat permainan besar boleh membuatt eksperimen.

Pertimbangkan amiibo, yang boleh membuka karakter, kostum, item, dan bonus lain dalam semua permainan Nintendo menggunakan permainan dengan cip NFC. Sudah tentu, Disney dan Lego juga mempunyai isu untuk menjana pendapatan dengan model toy-to-life.

Dengan membuat semuanya berdasarkan blockchain dan digital, Pixowl dan Animoca mungkin di langkah yang betul untuk menjadikan kripto mainstream.

Sumber:

https://cryptobriefing.com/pixowl-sandbox-blockchain-game/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads