Default – Above Header Ads

Platform Aset Sintetik berdasarkan Ethereum Kehilangan Lebih 37 Juta Token dalam Serangan Oracle

Platform pengeluaran aset sintetik berdasarkan Ethereum, Synthetix telah kehilangan lebih 37 juta ETH sintetik (sETH) dalam serangan Oracle, menurut laporan oleh The Block pada 24 Jun.

Walaupun jumlah sETH yang hilang diketahui adalah lebih 37 juta, nilai kehilangan ini dalam US Dolar dilaporkan tidak diketahui kerana ketidakcairannya secara relatif di pasaran sekunder.

Synthetix membolehkan pengguna untuk mint dan berdagang matawang sintetik secara peer-to-peer di blockchain Ethereum. Salah satu matawang sintetik itu adalah token sETH, yang menjejak harga Ether menggunakan price feed berdasarkan Oracle.

CEO Synthetix Kain Warwick dilaporkan memberi komen dalam siaran Discord rasmi Synthetix, menyatakan bahawa:

“Terdapat insiden yang berlaku dengan price feed sKRW, kami sedang menyiasat sebabnya, tetapi semasa price feed memulangkan nilai yang salah kami percaya satu automated arb bot bertukar kepada sKRW dan kemudiannya sETH.”

Warwick dilaporkan percaya ‘serangan’ itu dijalankan secara otomatik oleh bot arbitrage dan mencari untuk menghubungi pemilik bot itu untuk membetulkan kesilapan itu.

Buat masa ini, Synthetix dilaporkan telah menghentikan semua transaksi, yang nampaknya ia boleh lakukan kerana ia mempunyai kawalan terhadap smart contract. Warwick juga telah menawarkan bug bounty untuk menyelesaikan dan menghalang isu ini daripada berlaku di masa hadapan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Cointelegraph, penggodam white hat telah menuntut lebih 40 bug bounty dalam masa 30 hari di bulan Mac. Pencari bug telah menerima jumlah keseluruhan sebanyak $23,675, dalam satu pertiga yang datang daripada algoritma konsensus dan protokol rangkaian P2P Tendermint.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ethereum-based-synthetic-asset-platform-loses-over-37m-tokens-in-oracle-attack

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads