Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Platform Baru Menukar Kripto ke Fiat Tanpa KYC

 

Wallet matawang kripto MyEtherWallet (MEW) dengan kerjasama firma kewangan kripto Bity akan melancarkan platform untuk menukar matawang kripto ke fiat Tanpa keperluan KYC. MEW mengumumkan berita ini di terbitan blog pada 20 Februari.

Menurut pengumuman itu, pengguna MEW V5 wallet kini boleh menukar Bitcoin dan Ethereum sehingga 5,000 Swiss Francs ($4,995) kepada euros dan Swiss francs tanpa melalui KYC. Pengguna dilaporkan boleh membuat pertukaran dimana-mana sahaja di dunia.

Prosedur KYC membolehkan organisasi mengesahkan identiti pengguna sebelum atau semasa berurusan dengan mereka. Bisnes boleh menilai sama ada klien mereka terlibat dalam jenayay seperti penggubahan wang haram atau rasuah.

Untuk menggunakan “Exit-to-Fiat”, pengguna perlu memilih matawang digital dan fiat yang disasarkan dalam dashboard. Pengguna kemudiannya akan diminta untuk memberi maklumat peribadi seperti nombor telefon, maklumat perbankan, nama rasmi akaun bank, dan alamat bil untuk tujuan pematuhan.

Privasi dan anonymity matawang kripto yang berlebihan sudah lama dikaitkan oleh kerajaan dan penguatkuasa kepada kegiatan jenayah seperti penggubahan wang haram. Bulan lalu, Cyberspace Administration of China (CAC) memperkenalkan peraturan baru untuk firma blockchain yang beroperasi di negara itu.

Panduan CAC memerlukan startup blockchain untuk membenarkan penguatkuasa akses data yang disimpan, dan memperkenalkan prosedur pendaftaran yang memerlukan kad ID dan nombor telefon dari pengguna. Tambahan lagi, mereka diwajibkan memantau kandungan dan menyekat maklumat yang dilarang di bawah undang-undang China.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/new-platform-converts-crypto-to-fiat-without-know-your-customer-requirements

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads