Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Platform Blockchain Colu akan Ditutup, dan Ia Akan Membeli Balik Tokennya

Subsidiari Colu Group, Colu DLT telah mengumumkan bahawa ia menutup operasi blockchainnya Colu Local Network, dan menawarkan untuk membeli semula dan menghapuskan CLN token iyang dijual kepada pelabur semasa ICO dijalankan.

Tawaran pembelian semula syarikat datang melalui pengumuman rasmi dari Colu DLT di laman webnya. Menurut notis itu, syarikat itu melihat untuk membeli semula tokennya dengan Ether dalam tempoh masa 90 hari. Syarikat itu bertujuan untuk menghapuskan semula token yang dibeli semula dengan cara ini.

Menurut pengumuman itu, pembeli CLN utama telah meluluskan perancangan pembelian semula-dan-penghapusan syarikat itu. Tambahan lagi, syarikat itu mengatakan bahawa pembelian semula itu akan menggunakan harga pertukaran ETH ke CLN pada waktu ICO, yang nampaknya lebih tinggi dari kadar pertukaran token terbaru. Mereka juga menyatakan bahawa akan terdapat pemeriksaan KYC dan AML yang pelabur perlu lalui sekali lagi untuk meneruskan dengan pembelian semula.

Colu juga menyatakan bahawa platform CLN telah berhadapan dengan cabaran penguatkuasaan dan teknikal dan syarikat itu tidak merasa ianya berbaloi untuk meneruskannya. Kerana itu, pembelian semula token itu melambangkan peralihan daripada perniagaan blockchain.

Syarikat induk Colu DLT, Colu Group akan meneruskan projeknya, yang fokus kepada menggunakan “Matawang Bandar” untuk pembangunan ekonomi dan sosial dalam bandar, tetapi menyatakan abhawa projek ini tidak berdasarkan teknologi blockchain.

Seperti yang dilaporkan oleh Cointelegraph, pengasas bersama Colu Mark Smargon – yang buat masa ini disenaraikan sebagai VP blockchain di profil LinkedIn – pada awalnya merancang untuk melancarkan platform blockchain untuk pembangun pada tahun 2015. Smargon berkata bahawa syarikat itu merancang untuk melancarkan versi beta projek ini pada 12 Ogos 2015. Pada waktu itu, Smargon mengatakan bahawa:

“Sasaran Colu adalah pembangun. Kami akan memberi peralatan perniagaan untuk membantu mereka melaksanakan idea mereka dan berhubung dengan pelanggan melalui platform berpusat. Kami tidak membangun aplikasi mobile untuk pengguna, tetapi apa Sahaja perniagaan, yang mempunyai aplikasi mobile, boleh menggunakan wallet aset digital SDK secara mudah.”

Smargon juga membincangkan tentang tiga use case syarikat itu telah rancang untuk platform itu: peralatan kewangan dan aset, pemilikan aset dan akses kepada maklumat awam. Namun begitu, dia menyatakan bahawa ini bukanlah senarai komprehensif use case untuk platform mereka, mengatakan bahawa “idea tidak terhad, dan kami pasti kami akan boleh berkembang lebih baik dalam minggu-minggu seterusnya.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/colu-blockchain-platform-shutting-down-buys-back-its-tokens

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads