Default – Above Header Ads

Platform Blockchain Kerajaan Singapura Perolehi Dana $ 15.7 Juta

Tribe, platform blockchain yang disokong kerajaan Singapura telah membantu menaikkan lagi $ 15.7 juta untuk syarikat-syarikat yang mengambil bahagian melalui ekosistemnya. Dalam siaran akhbar pada 2 Disember, Tribe Accelerator mendedahkan bahawa sejumlah $ 28 juta telah diperolehi setakat ini untuk menyokong syarikat permulaan dari seluruh dunia yang cuba menyelesaikan masalah dunia dengan teknologi blockchain.

Kumpulan syarikat permulaan yang pertama dilaporkan memperolehi lebih $ 12.2 juta dalam tempoh tiga bulan. Rakan pengelola Tribe Accelerator, Ng Yi Ming berkomentar: “Satu lagi pusingan pengumpulan dana berjaya menggariskan teknologi blockchain adalah sesuai dalam menyelesaikan masalah dunia sebenar. Setiap idea atau penyelesaian yang dikongsi pada hari Demo berpotensi merevolusikan cara kerja industri berkaitan sekarang. Kami akan terus mengekalkan syarikat-syarikat dengan inovasi transformatif, yang boleh mengubah wajah industri blockchain.”

Tribe, yang membantu firma permulaan blockchain dalam peringkat pertumbuhan mereka dengan menghubungkan mereka dengan syarikat-syarikat utama, telah dilancarkan pada Disember 2018 dan merupakan idea dari Trive Ventures, sebuah firma modal teroka yang bertujuan untuk menyokong syarikat permulaan yang berada pada fasa matang. Sejak pelancarannya, Tribe Accelerator telah menerima sokongan daripada rakan kongsi kerajaan dan korporat termasuk syarikat perakaunan PwC, Icon Foundation, BMW Group Asia dan Intel, antara lain. Baru-baru ini, IBM, Citibank dan Ubisoft bergabung sebagai rakan kongsi korporat untuk program empat bulan Tribe edisi kedua.

Rujukan:

https://cointelegraph.com/news/singaporean-govt-blockchain-platform-facilitates-157-million-in-fundraising

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.