Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Platform ID Berdasarkan Blockchain, Sphere, Melancarkan Aplikasi Mobile

 

Sistem ID digital berdasarkan Blockchain, Sphere Identity, mengumumkan pada 27 Mac bahawa ia telah melancarkan dua aplikasi mobile dan bisnesnya. Platform itu akan membolehkan perniagaan mendaftarkan pelanggan dengan cara yang selamat, mematuhi peraturan dan global, pada masa sama memberi kawalan data kepada pengguna.

Sphere Identity adalah salah satu daripada platform identiti yang dibina untuk e-commerce digital, disokong oleh teknologi penyimpanan teragih, membolehkan pendatfaran pelanggan dengan satu klik yang akan membantu perniagaan menguruskan risiko pematuhan peraturan dan juga GDPR.

Dari segi bisnes, syarikat akan dapat integrasi Sphere Identity dengan mudah ke dalam proses KYC mereka, memberi alternatif yang lebih efisyen kepada borang online dan menyelaraskan pengalaman pengguna mereka dengan cara yang sesuai dengan ruangan pematuhan.

Untuk pengguna, aplikasi mobile membolehkan individu mendapat akses yang mudah kepada dokumentasi peribadi, seperti pasport dan lesen pemandu, menjimatkan masa daripada mengisi maklumat itu berulang kali, pada masa sama membei mereka sepenuh kawalan terhadap data mereka.

Dengan kadar 22 peratus pengguna meninggalkan proses pendaftaran kerana proses yang rumit dalam mengisi borang online, Sphere Identity mempunyai matlamat untuk menyelesaikan isu itu dengan memberi pengguna identiti digital yang menyeluruh yang boleh diakses dengan mudah apabila perlu.

Platform Sphere Identity dibina dengan prinsip keselamatan dan privasi, menggunakan teknologi penyimpanan teragih, memastikan data pengguna kekal desentralisasi dan dienkripsi sepenuhnya, mengurangkan risiko kecurian data oleh penggodam daripada satu kawalan pusat.

Sumber:

https://www.cryptoninjas.net/2019/03/27/blockchain-powered-id-platform-sphere-launches-business-and-mobile-app/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads