Default – Below Header Ads

Platform Insurtech akan Implementasi Blockchain ke Tuntutan Otomatik dengan Dana Baru

Firma teknologi insurans BlockClaim baru-baru ini telah menerima dana sebanyak  £500,000 ($627,000) untuk penyelesaian tuntutan berdasarkan blockchainnya, menurut terbitan blog rasmi pada 17 Jun.

Firma mengumpul dana dari firma venture capital Armadeus Capital Partners dan firma software Pragmatica, dan juga pelabur angel lain.

Menurut pengumuman itu, BlockClaim menggunakan teknologi blockchain untuk menjadikan proses tuntutannya otomatik. Tambahan lagi, syarikat itu berkata produk itu mengurangkan kos tuntutan sebanyak 20% dan menghasilkan penyelesaian yang lebih pantas.

Seperti dalam laman webnya, BlockClaim menggunakan blockchain private untuk menyelaraskan proses tuntutan:

“Menggunakan kuasa blockchain private membantu memastikan data kekal bersih, mempercepatkan tempoh masa proses dan menambah keupayaan audit tuntutan dalam ekosistem.”

Produk itu juga dilaporkan menggunakan AI untuk menjejak penipuan dalam tuntutan. Contoh, terbitan itu mengatakan bahawa sistem BlockClaim boleh menggunakan sejenis modul pengesahan imej AI, untuk mengesahkan imej yang dikemukakan dalam tuntutan perlanggaran kenderaan secara tepat menggambarkan kenderaan yang rosak itu.

Sistem blockchain/AI secara keseluruhan dilaporkan termasuk ciri-ciri seperti intelligent claims-routing dan penjejakan penipuan self-learning.

Seperti yang dilaporakan sebelum ini oleh Cointelegraph, agensi insurans yang beroperasi di UK itu, Legal & General menggunakan Amazon Managed Blockchain untuk mencipta sistem blockchain untuk pengambilalihan pencen korporat.

Legal & General dilaporkan memilih untuk menggunakan penyelesaian blockchain kerana keperluan untuk lejar selamat untuk transaksi kekal dalam jangka masa yang panjang. CEO legal & General Reinsurance Thomas Olunloyo memberi kenyataan berkenaan kesesuaian blockchain untuk matlamat ini, mengatakan:

“…ia membolehkan data dan transaksi untuk ditandatangani, direkod dan dikekalkan selama hayat kontrak ini, yang boleh berpanjangan selama 50 tahun.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/insurtech-platform-to-apply-blockchain-to-auto-claims-with-new-funding

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!