Default – Above Header Ads

Platform Kewartawanan Berdasarkan Blockchain, Civil, Dilancarkan

 

Rangkaian kewartawanan berdasarkan Blockchain, Civil, mengumumkan pelancarannya dalam terbitan blog rasmi pada 1 Mac.

Civil adalah platform untuk kewartawanan persendirian yang bertujuan untuk membangunkan model alternatif untuk menyokong kewartawanan. Ekosistem projek itu mempunyai token asal CVL – jumlah yang terhad kepada 100 juta – yang akan memberi kelestarian kewangan dan menambah baik kepercayaan dalam kewartawanan.

Bermula 6 Mac, pengguna boleh membeli keahlian Civil, termasuk CVL yang akan mewakili hak mengundi ahli dalam ekosistem Civil. “Tiga puluh empat juta token Civil akan ditetapkan harga oleh The Civil Media Company pada $0.20 setiap CVL pada 6 Mac. Setiap token yang dijjual akan menaikkan harga CVL sehingga token terakhir yang akan dijual pada harga $0.94 melalui garisan linear, tetap dan telus,” menurut pengumuman itu.

Syarikat itu dilaporkan akan meletakkan 100 peratus kutipan dari penjualan ke dalam organisasi non-profit Civil Foundation, yang menyokong kewartawanan beretika dalam skala global. Selain itu, setiap ahli akan mendapat jumlah CVL yang sama dengan sumbangan kewangan mereka ke Civil Foundation.

Dengan pelancaran itu, Civil akan memperkenalkan dua alatan – Civil Registry dan Civil Publisher. Yang pertama adalah aplikasi yang membolehkan mana-mana media berita untuk memohon menjadi sebahagian daripada media Civil. Yang kedua membolehkan media berita indeks data tentang penerbitan mereka ke dalam blockchain. Hampir 100 media berita dilaporkan telah menyertai platform itu.

Civil menyatakan dalam pengumuman itu bahawa Perkembangan terbaru ini bukan satu lagi “penjualan token”, merujuk kepada pelancaran awalnya yang gagal, apabila sasaran $8 juta untuk penjualan token CVL tidak tercapai. Civil dilaporkan menguti $1,435,491 dalam token CVL dari 1,012 pelabur, manakala 1,738 pembeli telah mendaftar untuk penjualan tetapi tidak menyempurnakan transaksi.

Default – Inside Post Ads

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/blockchain-based-journalism-platform-civil-launches

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.