Default – Above Header Ads

Platform Permainan Atas Talian Bolehkan Pemain Mengumpul BTC Dalam Permainan Genre “First Person Shooter”

Donnerlab, platform permainan atas talian yang membina permainan dan aplikasi Lightning Network, membolehkan para pemain memburu Bitcoin (BTC) dan mengambil “kiub Satoshi.” Dalam tweet pada 19 Nov, Donnerlab mengumumkan pelancaran projek terbarunya, berjudul Bitcoin Bounty Hunt, permainan “first person shooter” (FPS) yang menggunakan Lightning Network. Lightning Network adalah protokol pembayaran yang membolehkan pembayaran mikro dilakukan dengan pantas antara dua nod, dan di dalam kes ini, adalah antara pemain.

Donnerlabs diasaskan oleh Konstantin Nick yang berumur dua puluh lima tahun selepas Hacking Lightning 2018 di Munich, Jerman, sebagai cara untuk memperkenalkan sistem matawang kripto terbesar ini kepada lebih ramai orang. Permainan FPS ini mempunyai dompet digital neutrino bersepadu, di mana para pemain boleh menyimpan BTC, ruang iklan untuk pelelong Hodl, dan tentu saja keupayaan untuk membunuh pemain lain untuk mengumpulkan hadiah iaitu BTC.

Rujukan:

https://twitter.com/donnerlab1/status/1196856002118852611

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads