Default – Above Header Ads

Platform Pinjaman Ekuiti Perumahan Blockchain Mengutip $65 juta

 

Platform pinjaman ekuiti perumahan berdasarkan blockchain, Figure, telah mengutip $65 juta daripada beberapa firma kewangan besar dan venture capital, menurut laporan berita TechCrunch pada 27 Februari.

Firma itu, yang ditubuhkan oleh pengasas dan bekas CEO SoFi Mike Cagney, dilaporkan mengumpul dana daripada firma besar seperti Morgan Creek, DST Global, DCM, Ribbit Capital dan Nimble Ventures. Pelaburan terbaru itu membawa jumlah kutipan dana firma itu kepada $120 juta, menurut TechCrunch.

Firma baru Cagney, yang dilaporkan mengeluarkan 1,500 urusan ekuiti, mensasarkan klien yang lebih berumur yang “mempunyai sedikit wang tunai tetapi kaya dalam ekuiti” atau “Cash light and rich in equity (CLAREs)”. Syarikat itu kini meminjamkan $1.5 juta setiap hari, angka yang Cagney jangka akan bertambah dua kali ganda dalam masa beberapa bulan, menurut American Banker.

Pengasas itu memberitahu American Banker, “Pada penghujung tahun 2019, Figure akan menjadi platform kewangan yang berdaya maju dan mampu menepati keperluan pelanggan kami.” Cagney juga menambah bahawa Figure akan bergerak ke sektor yang lain seperti pengurusan harta, akaun dan pinjaman tiada penjamin.

Bekas syarikat Cagney, SoFi, bekerjasama dengan bursa petukaran AS, Coinbase untuk melancarkan sokongan perdagangan kripto. Kerjasama dengan Coinbase itu akan membolehkan SoFi melancarkan perkhidmatan kripto menjelang suku kedua tahun ini.

Menurut CEO Anthony Noto dalam temubual:

“Sasaran pengguna kami ingin melihat apa harga matawang kripto, dan membelinya. Mereka mempunyai keinginan untuk melakukannya dan di banyak kes, sudahpun melakukannya.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-blockchain-home-equity-loan-platform-raises-65-million

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.