Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Platform Pinjaman Sekuriti DLT Deutsche Boerse Selesai Laksanakan Urus Niaga Pertama

Commerzbank, Credit Suisse dan UBS melakukan transaksi pertama pada platform pemberi pinjaman sekuriti yang menggunakan teknologi lejar digital (DLT) oleh Deutsche Boerse dan HQLAX. Menurut kenyataan akhbar pada 3 Disember, syarikat itu bersama-sama mengembangkan platform dengan firma fintech HQLAX, yang dilancarkan oleh R3 dan menggunakan teknologi Corda DLT untuk menyediakan produk pengurusan kecairan dan cagaran.

Platform ini dapat menukar pemilikan sekumpulan bon kerajaan Jerman dan sekumpulan bon korporat antara UBS dan Commerzbank sementara menggunakan Clearstream Banking sebagai penjaga. Ia juga mengadakan pertukaran penjagaan antara UBS dan Credit Suisse, yang menukar pemilikan sekumpulan bon korporat di Clearstream Banking dan sekumpulan bon kerajaan Jerman di Euroclear Bank. Menurut laporan, pendekatan ini tidak memerlukan pergerakan fizikal sekuriti antara ejen cagaran semenjak pertukaran pemilikan dicatatkan pada pendaftaran HQLAX yang dibina menggunakan Corda Enterprise.

Menurut laporan tersebut, Commerzbank, Credit Suisse dan UBS telah bekerjasama dengan HQLAX sejak inisiatif ini bermula. Selain itu, projek ini melibatkan lebih daripada 15 peserta pasaran termasuk CIBC, Citi, Goldman Sachs dan ING. JPMorgan sedang dalam proses untuk menjadi ejen ketiga dalam kerjasama tiga pihak dalam model operasi HQLAX, di samping Clearstream Banking dan Euroclear Bank.

Rujukan:

https://www.deutsche-boerse.com/dbg-en/media/press-releases/Commerzbank-Credit-Suisse-and-UBS-execute-first-live-transactions-on-the-Deutsche-B-rse-HQLAx-securities-lending-platform-1631518

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads