Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Platform Rantaian Bekalan Blockchain Mengutip $16 juta Dalam Satu Siri Pelaburan

Pembangun rantaian bekalan di Amerika Syarikat, Chronicled berjaya mengutip $16 juta dalam pusingan kutipan dana Series A, syarikat itu mengesahkan dalam sidang akhbar pada 15 Januari.

Chronicled – yang akan menggunakan teknologi Blockchain untuk platform yang akan membantu klien mengurus bekalan rantaian – memulakan kutipan dengan firma venture capital Mandra Capital yang beroperasi di Hong Kong.

Streamlined Ventures, The Perkins Fund, Frank Fiore dan David Aho juga menyertai pusingan kutipan dana ini. Syarikat itu melaporkan ia akan melancarkan platform tahun ini.

“Walaupun banyak syarikat dalam ruangan ini yang menjalankan ICO – menambah spekulasi dan menjejaskan legitimasi ruangan itu – Chronicled kekal disiplin dan menggunakan cara tradisional pada masa sama menumpukan perhatian kepada membangunkan aplikasi yang diperlukan dengan pulangan yang boleh dinilai.” Ketua Mandra Capital, Song Yi Zhang berkata dalam sidang akhbar itu.

Platform Chronicled, yang dipanggil MediLedger, akan menyokong firma klien dari pelbagai industri, termasuk farmaseutikal, logam, agrikultur dan elektronik.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/blockchain-supply-chain-platform-nets-16-million-in-series-a-investment

EXMO affiliate program

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads