Platform Token Sekuriti Overstock akan Memberi Pelabur Kawalan ke Atas Simpanan
Subsidiari syarikat e-commerce Overstock, iaitu platform pertukaran sekuriti tZero, akan melepaskan kuasa token-tokennya, menurut surat kepada pelabur pada 11 Januari.
Pada bulan Ogos yang lalu, subsidiari itu mengumumkan bahawa tawaran token sekuriti telah ditutup, dengan kutipan $134 juta daripada jumlah maksimum $250 juta yang dikatakan sebelum ini. Pada bulan Jun 2018, tZero juga telah menandatangan surat untuk bekerjasama dengan syarikat pelaburan GSR Capital untuk penjualan token sekuriti tZero bernilai $160 juta.
Menurut surat CEO tZero Saum Noursalehi, pelabur kini mempunyai pilihan untuk memegang token sekuriti mereka, sama ada dengan membuka akaun broken di bawah Dinosaur Financial Group, rakan kongsi tZero, atau memegangnya sendiri dalam wallet yang mempunyai sistem two-step verification. Dia menyatakan:
“Seperti yang diketahui, pada 12 Oktober 2018, kami menyempurnakan pengeluaran token sekuriti tZero. Token itu telah dikunci dalam wallet yang diuruskan oleh tZero bagi pihak pemegang token untuk 90 hari selepas pengeluaran. Kini, tiga bulan tempon penyimpanan telah berlalu, anda perlu membuat keputusan di mana untuk menyimpan token sekuriti anda.”
Surat itu juga menyatakan bahawa pelabur tZero perlu “menanti kemaskini lain daripada tZero berkenaan permulaan perdagangan token sekuriti,” kerana garis masa untuk perdagangan itu masih belum disahkan.
Platform pertukaran token sekuriti itu pada awalnya mengumumkan prototaip platform perdagangannya pada bulan April, dengan matlamat untuk mencipta cara untuk mendagangkan token sekuriti dengan kelebihan seperti software pengurusan risiko, sistem pengurusan permintaan dan pemadanan.
Pada awal Januari tahun ini, tZero menerima aplikasi paten untuk integrasi platform kripto untuk perdagangan aset digital, dimana sistem itu boleh menerima arahan untuk jual beli token sekuriti, token, saham digital, aset digital dan persamaan tunai dari broker dan menukarkan arahan itu kepada permintaan kripto dalam platform pertukaran itu.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.