PM Malta Di Perhimpunan Agung PBB: Mata Wang Kripto Adalah Wang Masa Hadapan Yang Tak Dapat Dielakkan
Di Perhimpunan Agung PBB, Perdana Menteri Malta, Joseph Muscat menyatakan bahawa teknologi blockchain akan membolehkan mata wang kripto tidak dapat dielakkan dari menjadi mata wang masa hadapan.
Beliau menyatakan: “Saya percaya teknologi merevolusi dan memperbaiki sistem. Itulah sebabnya di Malta, kami telah melancarkan diri sebagai “Pulau Blockchain”. Dengan menjadi bidang kuasa pertama di seluruh dunia yang mengawal selia teknologi baru ini yang sebelum ini perundangannya masih tidak wujud. Blockchain menjadikan mata wang kripto tidak dapat dielakkan daripada menjadi wang masa hadapan. Lebih telus, ia membantu menapis perniagaan yang baik dari perniagaan yang tidak baik.”
Dalam ucapannya, Perdana Menteri Muscat selanjutnya menjelaskan bahawa kerajaan tempatan tetap bersemangat tentang potensi blockchain dan keupayaannya untuk menghapuskan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk memberikan pengguna kebebasan lengkap mengenai maklumat dan wang. Beliau menjelaskan bahawa blockchain tersebut akhirnya menghasilkan penyelesaian yang dapat menggantikan infrastruktur sedia ada di industri utama seperti penjagaan kesihatan dan badan amal kebajikan.
Sumber:
https://www.ccn.com/malta-pm-at-un-general-assembly-crypto-is-the-inevitable-future-of-money/