Default – Above Header Ads

Polis India membuat Tangkapan Keempat dalam Scam Kripto $70 juta

 

Polis jenayah siber di Delhi telah membuat perkembangan dalam menyelesaikan kes penipuan matawang kripto yang dijalankan oleh satu organisasi yang dinamakan ‘Flintstone Group’.

Kumpulan itu melancarkan matawang kripto tipu yang dipanggil Money Trade Coin (MTC) dan berjaya menipu 25,000 pelabur dengan janji pulangan besar, yang tidak direalisasikan. Selepas membuat tiga penangkapan tahun lepas termasuk pengarah urusan Flintstone Group Amit Lakhanpal dan Ketua akauntannya, Sachin Shelar, unit jenayah siber polis Delhi menangkap suspek keempat, Rohit Kumar, pada hari Selasa. Seorang penduduk Kanpur, Kumar adalah agen kutipan yang bekerja untuk suspek-suspek lain.

Flintstone Group berkerja keras untuk meyakinkan pelabur tentang projek mereka, menyamar sebagai pegawai Union Finance Ministry Pada satu masa dengan kad ID palsu dan latar belakang palsu. Di bawah nama projek Money Trade Coin, mereka juga terlibat dalam perjumpaan dengan Mahkamah Tinggi Delhi untuk petisyen bank pusat supaya mempertimbangkan kedudukannya terhadap matawang kripto.

Ketua scam dan CEO hartanah Lakhanpal didakwa menghadiri acara di Dubai, antaranya dilaporkan dihadiri oleh keluarga diraja. Di situ dia dikatakan mendakwa matawang kriptonya akan diterima Kementerian Kewangan dan akan digunakan sebagai legal tended untuk membeli hartanah dan MTC mempunyai pejabat di UK, Singapura, Itali dan Malaysia.

“Tertuduh juga menunjukkan artikel dalam majalah antarabangsa kepada klien prospektif, yang mendakwa bahawa salah satu ahli keluarga diraja itu adalah rakan kongsinya,” kata seorang pegawai polis.

Kumpulan penipu itu bekerja dari satu pejabat di Delhi untuk manipulasi pelabur supaya melabur dalam matawang kripto palsu itu, dan 70 pekerja telah dibiarkan tanpa apa-apa selepas penangkapan polis itu. Polis sedang menyiasat skala penipuan itu, sama ada pekerja-pekerja itu terlibat dalam aktiviti haram kumpulan itu.

Lakhanpal dan Ketua akauntannya Shelar telah melarikan diri dari negara itu, mungkin ke Dubai atau England – namun mereka masih terlepas dan lokasi mereka tidak diketahui.

“Tertudu telah membuka pejabat di Vikram Nagar, Delhi dan mengutip duit dari pelabur menjanjikan pulangan besar. Lakhanpal pada awalnya berada di Dubai dan kami percaya dia mungkin telah lari ke London,” menurut sumber polis.

Satu kes difailkan terhadap 5 orang, dengan dakwaan termasuk penipuan dan konspirasi jenaya. 53 laptop telah dirampas bersama-sama cop untuk dokumen palsu dan dokumen palsu tersebut. Insiden seperti ini telah menyumbang kepada stigma negative matawang kripto di India dan bank pusat sedang mempertimbangkan larangan teknologi itu sepenuhnya.

Sumber:

https://www.ccn.com/indian-police-make-fourth-arrest-in-7-million-crypto-scam/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads