Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Polis Menahan Pengasas Bursa Kripto India Disebabkan ATM Bitcoin Yang Tidak Berdaftar

 

Pengasas bersama pertukaran kripto India Unocoin telah ditangkap sejurus selepas memasang mesin ATM Bitcoin (BTC) yang tidak didaftarkan di Bangalore. Pengasas bersama Unocoin, Harish BV, ditahan oleh polis selepas dilaporkan memasang kios ATM di Kemp Fort Mall di Old Airport Road, bersama dengan rakan sejawat Unocoin, Sathvik Viswanath.

Kenyataan akhbar dari Central Crime Branch (CCB), yang mendakwa pemasangan ATM Bitcoin tersebut tidak menerima “sebarang kebenaran daripada kerajaan negeri dan berurusan dengan mata wang kripto adalah tidak sah di sisi undang-undang.” Pejabat CCB dilaporkan lagi telah merampas “sebuah mesin teller, dua komputer riba, telefon bimbit, tiga kad kredit, lima kad debit, pasport, lima cop syarikat Unocoin, peranti mata wang kripto dan Rs 1.8 lakh ($ 2,460).”

Seperti yang disokong oleh beberapa sumber media India tempatan, ATM Bitcoin tersebut sebenarnya tidak beroperasi, dengan Unocoin menyatakan pada 20 Oktober bahawa: “Mesin kami tidak mendapat liputan yang baik dari arus media perdana. Mesin kami masih dalam mod ujian akhir dan ia akan berfungsi sepenuhnya pada minggu yang akan datang. Mesin telah dipindahkan buat sementara waktu dari tempat pemasangan asalnya.”

Sumber:

https://timesofindia.indiatimes.com/city/bengaluru/1st-bitcoin-atm-in-bengaluru-seized-co-founder-held/articleshow/66340493.cms

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads