Default – Above Header Ads

Polisi Bank Pusat yang Agresif Menolak Pelabur ke Bitcoin, Menurut Deutsche Bank

Polisi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan pemotongan kadar faedah yang mendatang mungkin berkaitan dengan kenaikan tinggi pasaran Bitcoin dan matawang kripto, sekurang-kurangnya menurut eksekutif Deutsche Bank Jim Reid.

Dalam temubual dengan CNBC yang disiarkan pada 26 Jun, pakar strategi penyelidikan itu berkata matawang kripto alternatif telah mula memikat hati pelabur memandangkan perubahan polisi yang tidak jelas pada masa akan datang. Reid merujuk kepada kenyataan terbaru pengerusi Fed Jerome Powell tentang ketidakpastian ekonomi kerana peperangan perdagangan yang berterusan antara AS dan China dan berkata:

“Jika bank pusat akan menjadi sangat agresif, matawang alternatif akan mula menjadi lebih menarik.”

Powell tidak mengesahkan pemotongan kadar faedah. Sebaliknya, dia berkata bahawa bank pusat tidak memantau situasi yang berlaku dan bertindak dengan cepat. Kenyataan seterusnya ditujukan kepada Council of Foreign Relations di New York:

“Pertembungan telah berlaku, dengan progres yang dilihat ke atas perdagangan berubah menjadi tidak menentu dan data yang masuk menaikkan kebimbangan tentang kekuatan ekonomi global.”

Kenyataan itu tidak meyakinkan pedagang ekuiti, memandangkan S&P menerbitkan kehilangan satu peratus dan Dow Jones Industrial Average melaporkan kejatuhan sebanyak 0.7 peratus. Pada masa yang sama, nilai US dollar jatuh kepada kerendahan tiga bulan bertentangan dengan Euro.

Sebaliknya, nilai Bitcoin telah naik 50 peratus sejak awal bulan Jun dan tidak menunjukkan tanda-tanda kejatuhan yang mendadak.

Walaupun begitu, altcoin tidak mempunyai prestasi yang baik seperti Bitcoin. Harga Ethereum naik hanya 30 peratus, dan Litecoin naik sebanyak 20 peratus.

Keseluruhan nilai pasaran matawang kripto pula mencecah $373 bilion buat pertama kali dalam setahun.

Sumber:

https://beincrypto.com/deutsche-bank-aggressive-central-bank-policies-bitcoin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads