Power Ledger Lancarkan Teknologi Blockchainnya Di Australia Selatan

Firma tenaga Power Ledger dari Australia telah bekerjasama dengan peruncit tenaga tempatan untuk melancarkan teknologi blockchainnya di Australia Selatan. Perisian berasaskan blokchain Power Ledger akan membolehkan rakyat Australia mengumpul tenaga lebihan solar dan bateri lmereka ke Loji Kuasa Maya untuk kawalan dan pengurusan yang cekap ke atas tenaga mereka.

Di dalam perkongsian itu, Power Ledger akan mengintegrasikan aplikasi dagangan tenaga berasaskan blockchain, Virtual Power Plant (VPP) kepada tawaran komersil pemborong elektrik Australia Powerclub, menurut pengumuman firma itu pada November 7. Begitu juga dengan inisiatif baru-baru ini oleh Power Ledger, yang projek baru ini berhasrat untuk menyediakan pengguna dengan akses kepada harga elektrik borong dan mengurangkan kos tenaga tahunan.

Khususnya, ahli Powerclub akan dapat menyimpan storan solar dan bateri bersih mereka untuk bertindak sebagai VPP, loji kuasa tersebar berasaskan awan yang direka untuk meningkatkan penjanaan kuasa dan menyediakan perdagangan tenaga. Oleh itu, pengguna akan dapat menjual kuasa solar semasa tempoh permintaan elektrik yang tinggi dan kenaikan harga, menurut laporan tersebut.

Teknologi ini dijangka membolehkan rakyat Australia mendapat kawalan apabila menggunakan tenaga dan berapa banyak yang mereka bayar, dengan itu mengelakkan kos dan caj tersembunyi tambahan oleh peruncit elektrik. Jemma Green, pengasas bersama dan pengerusi Power Ledger, menyatakan dalam masa yang sama, masa depan industri elektrik akan menjadi terdesentralisasi dan didemokrasikan, seperti apa yang berlaku kepada industri teksi dengan aplikasi ‘rideshare’ seperti Uber dan Ola.” Anda tidak lagi perlu menjadi syarikat elektrik besar untuk membuat komoditi tenaga,” kata Green.

Dalam siaran media, Power Ledger mengatakan bahawa perjanjian komersial baru itu merupakan skala besar pertama dalam pelancaran platform teknologi perdagangan tenaganya. Perjanjian itu berlangsung dari projek perintis perdagangan tenaga Power Ledger di Australia Barat yang dilancarkan pada September 2019.

Rujukan:

https://www.powerledger.io/article/power-ledger-signs-deal-with-powerclub-for-large-scale-roll-out-of-virtual-power-plants-in-south-australia/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.