Default – Above Header Ads

Presiden Venezuela Menaikkan Harga Petro Sekali Lagi

 

Melihat kepada cara Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, menaikkan harga matawang kripto nasional negara itu. Petro, kononnya coin itu adalah matawang kripto paling “popular” untuk dimiliki sekarang. Berikutan arahan terbaru untuk menaikkan harga Petro oleh Maduro, presiden itu telah memperkenalkan satu lagi polisi kewangan yang direka untuk menaikkan nilai satu Petro kepada 36,000 Bolivar.

Seperti yang dijangka, keputusan presiden itu mendapat banyak kritikan. Juan Guaido, ketua pembangkang telah menyatakan ketidakpercayaan kepada polisi ekonomi Maduro. Dia telah menyatakan bahawa:

“Hari ini, Nicolas Maduro menyindir rakyat Venezuela, sekali lagi, selepas mengambil tindakan yang hanya membuang lebih banyak duit dari poket rakyat Venezuela.”

Asdrubal Oliveros, pengarah Ecoanalitica, organisasi penyelidikan ekonomi yang beroperasi di Caracas berkata:

“[Maduro] tiada niat untuk membetulkan arah tuju ekonomi jadi ia akan berterusan jatuh di 2019.”

Perubahan harga terbaru itu diumumkan bersama-sama sistem kewangan baru. Maduro, menekankan bahawa sistem baru itu akan membantu negara itu dalam usaha menentang “dollar jahat”. Presiden itu juga menambah kadar pendapatan minima, yang dinaikkan lima kali ganda tahun lalu.

Presiden itu berpendapat bahawa polisi baru ini akan membantu negara itu dalam misinya untuk keluar dari keadaan hyperinflasi yang teruk. Kini, Venezuela sedang berdepan dengan kadar inflasi tertinggi dalam rekod dunia. 

Bagi mereka yang sedang mencari di mana Petro, Ianya penting untuk tahu bahawa kripto itu masih tiada wallet dan hanya sijil pembelian sahaja yang ada untuk pembeli.

Sumber:

https://coindoo.com/venezuela-president-hikes-the-price-of-petro-once-again/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads