Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Prestasi Hedera Datang Dengan Kos Desentralisasi, Menurut Skeptik

Firma blockchain yang beroperasi di Amerika Syarikat Hedera Hashgraph telah melancarkan mainnet pada 16 September. Walaupun dengan sokongan syarikat besar, skeptik berkata versi blockchain tidak mempunyai ciri-ciri utama yang memastikan desentralisasi.

Hedera mendakwa ia boleh proses dalam 10,000 transaksi per saat. Kelajuan itu adalah sangat hebat, memandangkan Bitcoin menguruskan 2.8 tps dan Ethereum boleh memproses dalam 15 saat. Namun begitu, bagaimana Hedera boleh mencapai prestasi itu? Contohnya, Ripple mendakwa boleh memproses sehingga 50,000 tps dan bersaing dengan Visa, tetapi ia menggunakan rangkaian yang berpusat.

Hedera menggunakan algoritma proprietari yang dipanggil Hashgraph. Ia dicipta oleh pengasas bersama dan ketua saintis Leemon Baird. Dia adalah profesor sains komputer di US Air Force Academy dan memegang PhD dalam sains komputer. Point di sini adalah algoritma Hashgraph tidak memerlukan pelombong untuk mengesahkan transaksi blockchain memandangkan ia menggunakan directed acyclic graphs (DAG). Ia adalah teknologi yang digunakan oleh IOTA dan berlainan daripada blockchain tipikal dari segi ianya tidak merekod transaksi dalam rantaian satu barisan.

Untuk mekanisme konsensus pula, Hedera bergantung kepada konsensus asynchronous Byzantine-Fault Tolerance (aBFT).

Hedera mendakwa teknologi DAG dan konsensus aBFT memastikan transaksi yang mempunyai kelajuan tinggi. Namun begitu, menurut Eric Wall, bekas ketua matawang kripto Cinnobe, prestasi Hedera datang dengan kos desentralisasi sebenar.

Dia berkata algoritma proprietari Hedera dan mekanisme konsensus tiada kena mengena dengan prestasi rangkaian itu:

“Tetapi tidak, itu bukannya ia. Ia tiada kena mengena dengannya. Mereka hanya membuang kebolehan anda untuk mengesahkan sistem supaya mereka boleh menjalankan rangkaian lebih kecil dengan TPS lebih tinggi. Ini adalah muslihat sangat klasik, saya terkejut ia berfungsi pada tahun 2019. Tetapi ia berfungsi kerana benda-benda di atas.”

Selain daripada itu, dia juga mendakwa bahawa angka 10,000 itu juga mengelirukan dan Ethereum adalah lebih baik dari segi transaksi smart contract.

Sumber:

https://bitcoinist.com/hederas-performance-comes-at-the-expense-of-decentralization-skeptics-claim/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads