Default – Above Header Ads

Projek Baru Bitfury untuk Mengurus Kebenaran Data Kesihatan dengan Teknologi Blockchain

 

The Bitfury Group dan pasaran data kesihatan berdasarkan blockchain, Longenesis, telah bekerjasama untuk melancarkan pengeluaran sistem pengurusan kebenaran berdasarkan blockchain untuk industri kesihatan. Pembangunan itu diumumkan dalam sidang media bersama Cointelegraph pada 4 April.

Menurut pengumuman itu, produk baru itu menyelesaikan isu dengan pengurusan kebenaran pengguna untuk usaha penyelidikan, pematuhan dengan General Data Protection (GDPR) dan Health Insurance Portability and Accountability Act (HIPAA), dan juga menyelaraskan kutipan data untuk penyelidikan kesihatan.

Semua data dan kemaskini kepada kebenaran pengguna dilaporkan direkod di blockchain ExonumTM dengan timestamping untuk audit di masa hadapan. Penyelesaian itu dikatakan boleh digunakan sebagai sistem pengurusan data sepenuhnya dan sebagai tambahan kepada sistem digital untuk menyimpan kebenaran pengguna yang sedia ada. 

Alex Zhavoronkov, CEO Insilico Medicine Inc. berkata:

“Walaupun peraturan berbeza dari negara ke negara, organisasi penyelidikan perlu berusaha untuk mengeluarkan sistem pengurusan kebenaran yang melindungi pemilk data lebih baik dari mana-mana peraturan. Pada masa yang sama, prosedur kebenaran perlu cepat, mudah, jimat kos dan universal untuk memastikan pesakit dilindungi sepenuhnya dan juga diberitahu.”

Pada bulan Februari, Bitfury bekerjasama dengan pasaran blockchain radiologi Medical Diagnostic (MDW) untuk mencipta ekosistem pengimejan kesihatan berdasarkan blockchain. Dalam kolaborasi itu, Bitfury, MDW dan Longenesis bertujuan untuk membangunkan platform untuk menguruskan, berkongsi dan melindungi maklumat pengimejan kesihatan dan diagnostik seperti X-ray dan imbasan CT.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/new-bitfury-joint-project-to-manage-medical-data-permissions-with-blockchain-tech

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.