Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Proxeus dan IBM Bekerjasama Mendaftarkan Perniagaan Di Blockchain Dalam “Masa Yang Sangat Singkat”

 

Enjin kerja dan penjana aliran Blockchain Proxeus dan syarikat teknologi IBM Switzerland telah menunjukkan bagaimana cara mendaftar syarikat Switzerland sepenuhnya pada Blockchain dalam kurang daripada masa yang diperlukan secara tradisional sebagai sebahagian daripada penyertaan mereka dalam cabaran digitalSwitzerland.

Proxeus, syarikat yang digambarkan sebagai “WordPress untuk Blockchain,” bertujuan untuk menjadikan teknologi Blockchain dapat diakses oleh orang ramai, kerana pengguna tanpa pengetahuan pengaturcaraan boleh menggunakan alat drag-and-dropuntuk membuat aplikasi Blockchain mereka sendiri.

Idea untuk pendaftaran syarikat Blockchain datang selepas Switzerland menduduki tempat ke-54 dan ke-56 untuk tempoh memulakan perniagaan dalam ranking Dunia Ekonomi Forum (WEF) daripada 138 negara, kerana banyak prosedur dan kertas kerja fizikal yang diperlukan. Antoine Verdon, pengasas bersama dari Proxeus, berkata syarikat itu menyertai cabaran – yang bertujuan untuk melaksanakan “konsep inovatif dan idea gila” di Switzerland – kerana ia “menawarkan bukti konsep yang sempurna untuk Proxeus”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/proxeus-ibm-register-a-business-on-blockchain-in-record-setting-time

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads