Default – Above Header Ads

PwC Akan Menguji Platform Kelayakan berdasarkan Blockchain

 

The Institute of Chartered Accountants of Scotland (ICAS) telah menjalankan kerjasama dengan PricewaterhouseCoopers (PwC) untuk menguji platform berdasarkan blockchain yang akan menyimpan dan mengeluarkan kelayakan kepada akauntan, diumumkan pada 28 Februari.

Terdapat trend institusi mengeluarkan sijil menggunakan teknologi blockchain dalam tahun 2018. Contoh termasuk Universiti Bahrain, Glosbyn Business School dan University of Melbourne. Dalam kes Universiti Bahrain, ia dikatakan salah satu sebab untuk ini adalah supaya majikan boleh mengesahkan keaslian sijil tersebut.

“Teknologi ini memberi platform enkripsi untuk mengeluarkan sijil kepada pelajar dengan bukti kriptografi yang ia dikeluarkan oleh UOB. Pelajar mempunyai fail digital mereka sendiri, yang bermakna mereka atau majikan mereka tidak perlu menunggu untuk kami mengesahkan kelayakan mereka,” menurut Presiden Universiti Bahrain, Profesor Riyad Hamzah pada waktu itu.

Jangkaan profesor itu nampaknya menjadi realiti apabila PwC mengatakan pada 28 Februari bahawa mereka akan terlibat dalam ujian platform berdasarkan blockchain yang membolehkan mereka mengesahkan kelayakan dan keaslian sijil yang diserahkan oleh pekerja.

Ujian ini akan dijalankan dengan Institute of Chartered Accountants of Scotland (ICAS).

Platform “Smart Credentials” PwC yang dilancarkan pada 13 Februari, akan mengeluarkan, menyimpan, dan berkongsi sijil profesional pekerja di mana perlu.

Kini, semua pekerja PwC yang telah diberikan kelayakan chartered accountant oleh ICAS dalam dua tahun yang lalu akan diberikan sijil berdasarkan blockchain ke wallet digital mereka.

Dalam kenyataan mereka, PwC mengatakan bahawa sistem baru ini akan memberi kebaikan semua pihak. Untuk syarikat, semua kelayakan pekerja boleh diakses dengan cepat, dan cirinya yang tidak boleh dimanipulasi bermakna ia tidak boleh dipalsukan. Ini menjimatkan masa dan tenaga syarikat sewaktu proses pengambilan pekerja.

Untuk pekerja, mereka akan mendapat kesenangan penyimpanan sijil mereka di ruangan digital. Dengan blockchain, sijil mereka tidak akan hilang, tidak boleh dicuri, atau dirosakkan berbanding sijil dalam bentuk kertas.

Sumber:

https://btcmanager.com/pricewaterhousecoopers-test-blockchain-based-credentials-platform/?q=/pricewaterhousecoopers-test-blockchain-based-credentials-platform/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads