Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

PwC Wujudkan Program Kemahiran Digital Untuk Tingkatkan Kepakaran Blockchain

 

Firma perundingan PwC mulakan program “kemahiran digital” baru yang bertujuan meningkatkan kepakaran pekerjanya terhadap teknologi baru seperti blockchain. Firma itu akan menyerahkan 1,000 pekerja kepada program latihan selama dua tahun yang akan meliputi pelbagai teknologi digital, dari blokchain hingga percetakan 3D dan juga dron. Dipanggil Digital Accelerators, program ini akan bermula Januari ini, menurut laporan itu.

Ketua Digital Accelerators PwC, Sarah McEneaney memberitahu bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk membantu meningkatkan kepakaran dalamannya berkenaan subjek yang penting. Latihan itu akan membuat pekerja lebih cekap, mengurangkan jumlah masa yang mereka habiskan untuk masalah, McEneany berpendapat. Penjimatan ini akan dipindahkan kepada pelanggan PwC.

Kira-kira 3,500 daripada lebih 46,000 pekerja yang bekerja di PwC dikatakan telah memohon tempat dalam program ini. Semasa program ini, 1,000 pekerja terpilih akan bekerja dengan pelanggan sambil mengambil kira-kira 10 jam kursus setiap minggu. Data dan analisis, yang akan termasuk pengumpulan maklumat dan blockchain, akan membentuk bahagian pertama kurikulum program itu.

Sumber:

https://digiday.com/marketing/pwc-launches-two-year-digital-skills-course-train-1000-employees-everything-drones-blockchain/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads