Default – Above Header Ads

Qoo10 Akan Lancarkan Platform E-dagang Berasaskan Blockchain

 

Pasar dalam talian berasaskan blokchain yang dibina di atas protokol Ethereum akan dilancarkan oleh firma e-dagang Qoo10 pada 1 Januari 2019. Dikenali sebagai QuuBe, ia dilengkapi dengan mata wang kripto sendiri yang digelar Q*coin. Pada masa ini, Q*coin, yang merupakan satu-satunya cara pembayaran yang diterima QuuBe, boleh dibeli di kedai 7-Eleven. Qoo10 tidak membenarkan mata wang kripto lain digunakan di QuuBe disebabkan ketidaktentuan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Qoo10, Ku Young Bae, platform itu menawarkan pelanggan nilai tambah kepada pelanggan kerana ia telah menghapuskan 10% yuran perdagangan serta yuran pembayaran. Sebahagian daripada sebabnya ialah teknologi blockchain telah membantu mengurangkan kos pentadbiran kerana pengesahan transaksi antara peniaga dan pembeli di pasaran dilakukan dengan menggunakan kontrak pintar. Pendapatan Qoo10 akan berasaskan kepada iklan yang mana ia akan mengenakan yuran kepada peniaga untuk ruang iklan di platformnya.

Pada masa ini, Qoo10 mempunyai 6 juta pengguna aktif harian yang kebanyakannya berada di Hong Kong, China, Malaysia dan Indonesia. Pada masa ini, terdapat kira-kira 400,000 produk yang disenaraikan di platformnya. Walaupun pemaju blockchain QuuBe berpusat di Korea Selatan, para pekerja yang mengendalikan operasi, jualan dan pemasaran terletak di Singapura.

Sumber:

https://www.techinasia.com/qoo10-launches-blockchain-marketplace-cryptocurrency

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.