Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Quantum Computing Ancaman kepada Kriptografi Matawang Kripto dan Blockchain

 

Bercakap dalam satu sesi temu bual, eksekutif IBM menekankan bahawa ancaman quantum computing terhadap kriptografi matawang kripto dan blockchain sesuatu yang perlu dilihat.

Menurut Jesse Lund, naib pengerusi blockchain dan matawang digital di IBM:

“Ia adalah reverse engineer private key yang mewakili kawalan terhadap wallet anda. Publik key anda adalah wallet anda yang memegang baki. Dan saya rasa ia adalah suatu ancaman yang betul. Bitcoin adalah lejar awam. Jadi anda boleh keluar dan lihat mana satu public key yang memegang baki terbesar dan anda boleh mensasarkan jumlah Bitcoin yang besar di situ dan berkata saya akan mengusahakan sumber komputer untuk reverse engineer private key dari public key, yang terdedah. Saya rasa ia adalah ancaman yang hampir.”

Ia dikatakan bahawa quantum computer satu-hari boleh reverse engineer private key menggunakan public key sebagai templat. Ini menjadikan semua bentuk kriptografi public key terdedah. Menurut Lund, 50 peratus daripada semua blockchain mempunyai risiko ini.

Dia juga berkata bahawa ancaman ini menjejaskan semua sistem yang berenkripsi, dari komunikasi, kenderaan smart, peranti peribadi kepada pengkalan data kerajaan dan persendirian. Hasil dari ancaman ini, kumpulan IBM menganggap bahawa Bitcoin, Ethereum dan semua matawang kripto lain perlu memulakan quantum-proofing ke atas sistem mereka serta merta.

Kenyataan ini disokong oleh Nev Zunic, ketua pegawai teknologi untuk perkhidmatan keselamatan data IBM yang berkata:

“Syarikat perlu sedar tentang quantum dan potensi risiko yang dibawa supaya mereka boleh mengambil tindakan hari ini untuk tidak boleh digodam bila-bila masa dalam kitaran hidup produk mereka.”

Sumber:

https://coindoo.com/quantum-computing-is-a-threat-to-cryptocurrencies-and-blockchain-cryptography-ibm-executives/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.