Default – Above Header Ads

Rakuten Memulakan Pendaftaran untuk Bursa Pertukaran Kripto Sebelum Pelancaran

 

Gergasi Internet Jepun, Rakuten, telah mula membenarkan pengguna prospektif bursa pertukaran kripto Rakuten Wallet membuka akaun, menurut laporan Cointelegraph Japan pada 15 April.

Rakuten, yang merancang untuk melancarkan bursa pertukaran pada bulan Jun, kini menawarkan pendaftaran online untuk semua pedagang, di mana semuanya memerlukan pengguna ID Rakuten dan akaun bank berkaitan untuk melengkapkan proses itu.

Syarikat itu mengambil alih platform Everybody’s Bitcoin pada tahun 2018, memperkenalkan beberapa perubahan yang membolehkan ia mendapatkan lesen beroperasi daripada penguatkuasa Jepun pada bulan Disember. Everybody’s Bitcoin sebelum ini telah dipanggil oleh penguatkuasa kerana masalah dalam kawalan pengurusan.

Rakuten menyertai peserta utama lain yang bersiap sedia untuk masuk ke dalam pasaran kripto domestik, termasuk Yahoo!Japan, yang memiliki 40% daripada platform TaoTao yang akan dilancarkan pada bulan Mei.

Entiti lain telah menambah kepada ciri sedia ada mereka untuk memenuhi permintaan pengguna. Minggu ini, Coincheck menambah altcoin pertama kepada kaunter OTC. Pelabur Jepun pula telah membiayai platform Bithumb yang beroperasi di Korea Selatan sebanyak $200 juta dalam pusingan dana Series A.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/rakuten-begins-registrations-for-cryptocurrency-exchange-ahead-of-june-launch

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.