Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Rakyat India yang Kaya-raya Memilih Bitcoin daripada Altcoin untuk Pelaburan

Individu yang kaya (HNI) di India lebih gemar untuk melabur dalam Bitcoin berbanding matawang kripto lain, menurut survey Huru India baru, FinancialExpress melaporkan pada 30 Ogos.

Matawang digital adalah aset keempat paling digemari keseluruhannya, walaupun hampir separuh daripada responden tidak mengetahui apa itu matawang kripto.

Daripada HNI yang disurvey, dalam 10% menyatakan mereka merancang untuk melabur dalam matawang kripto dalam tiga tahun akan datang.

Ini menjadikan matawang digital aset kelas keempat paling digemari. Hartanah adalah aset yang paling digemari, diikuti stok dan aset berpendapatan tetap.

Daripada semua responden yang tahu tentang matawang kripto, hampir 30% menyatakan keinginan untuk melabur dalam Bitcoin. 9% mengatakan mereka ingin melabur dalam Ether, dan 7% ingin melabur dalam XRP.

Penguatkuasa India mempunyai hubungan yang tidak stabil dengan matawang kripto. Seperti yang dilaporkan oleh Cointelegraph minggu yang lalu, mahkamah agung India sudah kehilangan kesabaran dengan bank pusat. Ia memberikan bank pusat hanya dua minggu untuk memberi justifikasi kepada larangan untuk memberi perkhidmatan kepada perniagaan berkaitan kripto yang dikuatkuasakan pada bulan Julai 2018.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/super-rich-indians-choose-bitcoin-over-altcoins-for-investment-poll

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.