Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Rakyat Itali Pilih BTC Berbanding Visa Atau Mastercard Apabila Berbelanja Di Atas Talian

Mengikut data baru dari firma analisis pemasaran SEMRush, Bitcoin (BTC) adalah kaedah pembayaran dalam talian yang ketiga paling digemari di Itali. Syarikat analisis pemasaran yang berpangkalan di Boston itu menyebutkan dalam senarai kaedah pembayaran dalam talian yang paling banyak digunakan di Itali, Bitcoin berada di tempat ketiga, di belakang PayPal dan PostePay, perkhidmatan kad prabayar di Itali.

Data ini menunjukkan bahawa orang Itali menggunakan Bitcoin untuk membeli-belah dalam talian lebih luas daripada kad kredit tradisional, seperti Visa, Mastercard atau American Express. Menurut La Stampa, Bitcoin digunakan lebih dari 215,800 kali sebulan untuk pembelian dalam talian di Itali, sedangkan American Express hanya digunakan 189,000 sebulan. Visa, Mastercard, dan kad kredit lain ketinggalan dengan hanya 33,950 transaksi dalam talian dalam masa sebulan.

Perkhidmatan pembayaran dalam talian yang berpangkalan di California, Paypal tetap menjadi pilihan untuk pembayaran dalam talian di Itali dengan sekitar 1.3 juta transaksi pembayaran sebulan. Pemproses pembayaran Itali PostePay mengikuti rapat, dengan hampir 1.2 juta transaksi bulanan.

Rujukan:

https://finanza.lastampa.it/News/2019/10/28/e-commerce-in-italia-crescono-acquisti-e-fiducia-nei-metodi-pagamento-online/MTE1XzIwMTktMTAtMjhfVExC?awc

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.