Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Rangkaian Blockchain NuCypher Perolehi Dana Melebihi $ 10M Dari Bitmain Dan Y Combinator

Platform blockchain NuCypher telah menutup pusingan pendanaan professional setelah memperolehi lebih daripada $ 10.6 juta yang diketuai oleh firma pasaran modal Polychain Capital.

Menurut catatan blog yang diterbitkan oleh syarikat itu pada 7 Oktober, syarikat perlombongan Bitmain, pelabur syarikat permulaan Y Combinator, firma pembangunan blockchain BitFury, Arrington XRP Capital dan Capital Notation adalah antara peserta dalam pusingan pendanaan ini. Mereka membeli 8% daripada keseluruhan bekalan awal token NU.

Selain itu, pelabur dilaporkan juga bersetuju untuk mengunci token mereka selama dua tahun, yang percaya platform itu akan menjamin “tahap kestabilan dan perkhidmatan profesional yang tinggi untuk rangkaian NuCypher.” Semua pelabur yang berkenaan juga telah komited untuk menjalankan nod NuCypher.

Dalam catatan blog yang sama, NuCypher juga mengumumkan pelancaran testnet awamnya – rangkaian Ethereum Görli. Pengguna juga boleh meminta token testnet melalui saluran Discord syarikat. Syarikat permulaan ini menyimpulkan: “Dari sini, kami mempunyai perancangan jalan yang jelas dari testnet awam, pengujian testnet, pengedaran token WorkLock hinggalah ke pelancaran mainnet”

NuCypher telah memperoleh $ 15.9 juta dalam pembiayaan setakat ini dan sedang membangunkan rangkaian yang “memberikan pemaju cara untuk menyimpan, berkongsi, dan menguruskan data peribadi di rangkaian blockchain awam”.

Rujukan:

https://blog.nucypher.com/the-final-countdown/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads