Default – Above Header Ads

Ravencoin: Projek yang Mendapat Sokongan Berjuta Dollar dari Overstock

Ravencoin (RVN) adalah sebuah projek blockchain ‘open-source’, dibangunkan khusus untuk penciptaan dan pemindahan aset secara ‘peer-to-peer’. Ravencoin membolehkan pengguna mencipta dan menjual-beli sebarang bentuk aset – baik sebenar atau digital – di sesebuah rangkaian.

Para pembangun telah melancarkan Ravencoin pada 3 Januari 2018. Projek ini mempunyai penyokong yang berprofil tinggi seperti Bruce Fenton, ahli lembaga The Bitcoin Foundation yang menjadi penasihat kepada Ravencoin manakala Overstock telah melaburkan berjuta-juta dollar ke dalam projek tersebut. 

Tentang RVN

RVN adalah sebuah projek berasaskan fork daripada Bitcoin yang membolehkan akses untuk token dikeluarkan pada blockchain RVN. Pada bentuknya yang paling asas, RVN adalah sebuah sistem pembayaran peer-to-peer untuk memindahkan aset digital daripada sebuah pihak ke pihak yang lain. Aset ini tidak semestinya dalam bentuk wang digital tetapi ia juga boleh dalam bentuk sekuriti, dividen, barang dan kredit maya.

Walaupun RVN adalah berasaskan fork daripada kod Bitcoin, RVN menggunakan cara yang berbeza dalam urusan mining token. Menggunakan algoritma X16 yang memberikan hash secara rawak dan mengganggu susunan chaining, ia memberikan kelebihan kepada para miners RVN yang sebelum ini berkemungkinan tidak berupaya untuk menandingi miners ASIC yang lebih berkuasa.

RVN tidak mempunyai sebarang dana khusus untuk pembangun, tiada ICO, tiada pre-mining dan ia adalah open-source,  diuruskan oleh komuniti secara sepenuhnya. Meskipun banyak pihak di dalam komuniti yang mengambil bahagian dalam menambah nilai pada RVN, Medici Ventures adalah pihak yang banyak memandu RVN ke hadapan.

Peruntukan Token (pada Oktober 2019)

Pasukan Di Sebalik RVN

Meskipun sukar untuk mencari siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menggerakkan RVN ke hadapan memandangkan RVN adalah sebuah platform open-source dan digerakkan sepenuhnya oleh komuniti, RVN tetap mempunyai beberapa ahli teras untuk memastikan RVN terus berada di landasan yang betul.

Antaranya ialah Tron Black, pembangun utama di Medici Ventures dan ketua pembangun bagi RVN, Corbon Fox, pembangun perisian kanan di Wavelink dan Icentris sebelum menyertai Medici sebagai pembangun kanan dan beberapa orang daripada pasukan Medici yang sudah berjanji RVN adalah keutamaan bagi syarikat mereka.

Kesimpulan

RVN adalah sebuah projek yang memfokuskan kepada kebebasan dan keupayaan menghantar ‘nilai’ kepada sesiapa sahaja di mana pun mereka berada; satu nilai teras yang dimiliki Bitcoin. Meskipun begitu, keseluruhan pembangunan RVN agak sukar untuk dipantau memandangkan sebahagian besar pembangunan perisiannya dibiayai oleh Medici Ventures dan sumber repositorinya seolah-olah dijaga rapi dan dimiliki secara persendirian.

Secara keseluruhannya, keupayaan untuk memindahkan aset secara bebas ke mana-mana sahaja bahagian di dunia adalah suatu kemudahan yang amat berguna dalam zaman tanpa sempadan ini. Sifat RVN yang open-source dan digerakkan oleh komuniti juga adalah satu ciri yang progresif yang dapat membawanya lebih jauh ke hadapan.

Ditulis oleh:

Adam Effendy Mustapha

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads