Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Red Cat Ingin Meletakkan Data Drone Ke dalam Blockchain

 

Drone semakin menambah risiko kepada kapal terbang. Awal tahun ini, kapal terbang yang terbang masuk ke Newark Liberty International Airport telah dihentikan selepas juruterbang melaporkan drone terbang berhampiran lapangan terbang itu. Disember yang lalu, sebuah drone melanggar kapal terbang Boeing 737 yang sedang mendarat di Tijuana, Mexico menyebabkan kerosakan kepada peralatan komunikasi dan pada bahagian luar muncung kapal terbang itu.

Red Cat, sebuah startup teknologi ingin menambah keselamatan ruangan udara secara global untuk industri drone, dan sedang membina black box untuk drone yang akan menjejak maklumat penting, termasuk perjalanan penerbangan, menggunakan blockchain. Syarikat itu baru-baru ini mengumumkan beta kedua platform data drone, yang digunakan untuk menyimpan data penerbangan dalam blockchain.

Red Cat sedang menguji platform itu di atas blockchain GoChain dan EOS.

Dalam kapal terbang, black box merekod data penerbangan yang penting, dan juga komunikasi yang datang dari dalam kapal terbang. Maklumat seperti itu adalah kunci utama apabila kapal terbang nahas. Ia membantu penyiasat untuk kenal pasti apa yang berlaku dan memeriksa kegagalan mekanikal. Tetapi tiada peralatan yang sama untuk drone yang wujud.

“Kami boleh beri anda semua maklumat tentang bagaimana prestasi drone anda sepanjang penerbangan, bukan hanya jika ia nahas, tetapi juga maklumat seperti kenapa drone ini menggunakan lebih banyak bateri daripada drone itu, walaupun mereka hampir sama,” menurut Jeff Thompson, CEO dan pengasas Red Cat.

Ini bukan hanya mempunyai implikasi terhadap prestasi drone, tetapi juga untuk syarikat insurans, yang perlu melihat bagaimana drone berjalan, perjalanan penerbangan mereka dan siapa yang memilikinya untuk insurans. Pasaran insurans drone semakin berkembang dan berpotensi bernilai lebih $500 juta di Amerika Syarikat dan $1 bilion secara global menjelang 2020, menurut data Allianz.

Contohnya, Amazon kini mengembangkan armada drone untuk menghantar barangan. Liabiliti perlu dipertimbangkan jika drone tidak berfungsi dan memecahkan tingkap rumah atau melanggar seseorang. Dengan teknologi Blockchain, Red Cat berkata mereka boleh dokumen data yang diperlukan syarikat insurans yang boleh dipercayai, tanpa perlu bergantung kepada kuasa berpusat.

Sumber:

https://breakermag.com/this-startup-wants-to-put-drone-data-on-a-blockchain/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.