Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ripple Bekerjasama dengan 10 Universiti untuk Inisiatif Penyelidikan Blockchain

 

Ripple telah bekerjasama dengan 10 universiti teratas untuk program penyelidikan blockchain.

Mengumumkan berita itu pada hari Khamis, firma infrastruktur pembayaran blockchain itu berkata Inisiatif Penyelidikan Blockchain Universiti (UBRI) bertujuan untuk membantu mengembangkan ekosistem teknologi Blockchain.

Kini menyertai inisiatif itu adalah Carnegie Mellon, Cornell, Duke, Georgetown, Morgan State, Kansas, Michigan dan universiti di Timur Laut Amerika Syarikat, dan juga Universiti Nasional Singapura dan Universiti Sao Paulo.

Bulan yang lalu, Ripple juga bekerjasama dengan Institute for Fintech Resarch (THUIFR) di Universiti Tsinghua Beijing dibawah UBRI.

Disokong sumber UBRI Ripple, institusi-institusi itu akan menjalankan penyelidikan, membangun dan melancarkan bahan kursus, menganjur konferens dan memberi biasiswa kepada pelajar yang ingin meneruskan kerjaya dalam blockchain, matawang kripto, pembayaran digital dan subjek yang berkaitan.

Universiti Duke dan Georgetown, contohnya, akan menyokong “perkembangan kurikulum dan pengajaran, penyelidikan dan projek teknikal dan kolaborasi antara disiplin,” sementara Universiti Sao Paulo akan menerima dana untuk program inovasi blockchain.

Dengan tambahan baru itu, firma itu kini mempunyai 29 rakan kongsi universiti, menurut Ripple.

Ripple melancarkan inisiatif itu pada Jun 2018, mengetepikan $50 juta untuk usaha itu dan kerjasama dengan 12 universiti dari seluruh dunia pada waktu itu.

“Dalam masa kurang dari setahun, rakan kongsi UBRI kami telah mulakan inisiatif itu dengan pelancaran projek penyelidikan baru, acara, penawaran kursus dan banyak lagi,” menurut SVP operasi global Ripple, Eric Van Miltenburg dalam pengumuman hari Khamis itu.

“Mengembangkan ekosistem kepada rangkaian rakan kongsi UBRI yang lebih global dan pelbagai akan terus menambah baik projek-projek ini,” dia menambah.

Sumber:

https://www.coindesk.com/ripple-teams-with-10-new-universities-for-blockchain-research-initiative

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.