Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ripple Bekerjasama dengan Penyedia Pemindahan Wang Terbesar Dunia

Ria Money Transfer, subsidiari kepada Euronet Worldwide dan Salah satu perniagaan pemindahan wang terbesar di dunia telah menyertai RippleNet. Ria akan menggunakan xCurrent untuk berhubung dan bertransaksi dengan rangkaian 200+ institusi kewangan di pembayaran blockchain global Ripple.

Penyelesaian enterprise software xCurrent membolehkan bank untuk menyelesaikan pembayaran merentasi sempadan secara serta-merta dengan kadar yuran yang rendah dan penjejakan dari awal sehingga transaksi selesai.

Ripple juga akan dapat menggunakan Digital Integrated Payments Cloud Ria, ekosistem fintech global yang membolehkan rakan kongsi syarikat itu untuk mengubah ruangan pembayaran tradisional.

Bercakap di Euronet Worldwide’s Q1 2019 Earnings Call, ketua pegawai eeksekutif Michael Brown menekankan tentang Ripple:

“Kami menggunakan teknologi kami untuk menyokong peserta yang mengambil langkah untuk mencabar pemain tradisional dengan menyediakan teknologi canggih dan akses serta-merta kepada rangkaian fizikal kami yang meluas, yang boleh mengambil masa beberapa tahun untuk dibina dari awal.

Kami telah menandatangani perjanjian dengan Ripple yang memberi Ripple akses kepada jejak langkah digital dan fizikal Ria, pada masa sama juga membolehkan pelanggan Rio berhubung dan bertransaksi dengan rangkaian Ripple yang merangkumi lebih daripada 200 institusi kewangan seluruh dunia.”

Dengan Ria menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di 155 negara di lebih 377,000 lokasi seluruh dunia, kerjasama itu bermatlamat untuk menawarkan pembayaran lebih efisyen kepada pelanggan global Rio yang bertransaksi sebanyak $40 bilion setiap tahun dalam pemindahan wang.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/05/01/ripple-partners-with-one-of-the-worlds-largest-money-transfer-providers/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads