Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ripple dan Forte Melabur $100 juta dalam Industri Gaming

 

Firma teknologi blockchain akan bekerjasama dengan Ripple Labs untuk memberi sokongan kepada industri gaming. Dalam satu sidang media, Forte mengumumkan niatnya untuk menyertai Xpring, subsidiari VC Ripple, dalam inisiatif untuk memberi sokongan kepada pembangun game sebanyak $100 juta.

Platform Forte bermatlamat untuk memberi akses yang lebih besar kepada teknologi blockchain, yang mempunyai kebolehan untuk menyelaraskan ekonomi in-game, dan juga menambah baik fungsi transaksi mikro. Blockchain juga mempunyai potensi untuk membolehkan pemain mendapatkan wang dari permainan mereka, dan juga kolaborasi dengan perkhidmatan streaming untuk pencipta kandungan gaming.

Dana itu, yang diuruskan oleh Forte, akan mensasarkan pembangun dengan ekonomi in-game yang besar menyokong 50,000 pengguna aktif harian atau lebih. Dalam sidang media itu, Allen Ma, Naib Pengerusi Kerjasama Forte berkata:

“Kami teruja untuk berhubung dengan pembangun yang menjalankan ekonomi live game dengan beribu-ribu pengguna aktif harian atau lebih dan mempunyai minat yang aktif dalam menggunakna teknologi blockchain untuk menambah baik perniagaan mereka.”

Forte juga akan menggunakan Interledger Protocol dan XRP sebagai pasangan asas untuk penyelesaian dalam permainan, dan juga penyelesaian hosting Codius untuk transaksi yang lancar merentasi blockchain. Dengan fokus kepada kebolehoperasian blockchain, Forte bermatlamat untuk memberi kestabilan dan penskalaan jangka masa panjang untuk sistemnya, memandangkan penggunaan DLT dalam industri gaming semakin berkembang.

Melalui pelaburan ini, token XRP Ripple boleh menjadi antara teknologi perintis yang digunakan dalam industri gaming yang bernilai $140 bilion.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Sumber:

https://cryptobriefing.com/ripple-and-forte-bet-100-million-on-gaming-industry/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads