Default – Above Header Ads

Ripple Melancarkan Perkhidmatan untuk Salah Satu Bank Islamik Terbesar Dunia

 

Kuwait Finance House telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan pengiriman wang merentasi sempadan serta-merta menggunakn teknologi Blockchain Ripple. Menurut tweet syarikat itu, perkhidmatan “Pemindahan Antarabangsa Serta-merta” tanpa yuran itu kini boleh digunakan. Pengguna boleh membuat transaksi pengiriman wang dalam Saudi Riyal (SAR) kepada penerima di Al Rajhi Bank.

Pengumuman tersebut menandakan perkembangan yang signifikan berikutan tempoh percubaan yang begitu menyeluruh.

Pada bulan Oktober 2018, ketua inovasi infrastruktur global Ripple, Dilip Rao menyatakan bahawa Pengerusi Kuwait Finance House sedang bekerjasama dengan Ripple untuk menguji perkhidmatan yang boleh bersaing dengan SWIFT, standard yang digunakan untuk memproses mesej dan arahan untuk menyelesaikan pembayaran global dan transaksi Kewangan sesama pelbagai pihak.

Salah satu bank Islamik terbesar di dunia, Kuwait Finance House (KWH) adalah bank Arab pertama yang menyertai RippleNet, rangkaian korporat untuk pengiriman dan pembayaran wang antarabangsa.

Setakat ini, KWH belum mendedahkan sama ada ia menggunakan xCurrent, iaitu software Ripple yang membolehkan bank menyelesaikan pembayaran merentasi sempadan serta-merta tanpa penjejakan end-to-end, atau xRapid, iaitu platform pencairan Rippe yang menggunakan XRP untuk mengurangkan kos pada masa sama membolehkan pembayaran secara langsung.

KWH hanya menyatakan bahawa perancangannya adalah dalam skop global, dan ia merancang untuk mengembangkan perkhidmatannya melangkaui Saudi Riyal.

Default – Inside Post Ads

Ripple berterusan berkembang di Timur Tengah.

Pada bulan Disember, Bank Nasional Kuwait melancarkan NBK Direct Remit, satu perkhidmatan baru untuk pengiriman wang merentasi sempadan yang menggunakan xCurrent Ripple.

Perkhidmatan 24 jam itu menandakan buat pertama kali institusi perbankan di Kuwait menggunakan xCurrent untuk pemindahan merentasi sempadan, membolehkan pengguna menghantar wang ke Jordan.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/01/06/ripple-powers-new-instant-cross-border-remittance-service-for-one-of-the-largest-islamic-banks-in-the-world/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads