Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ripple Menafikan Pembayaran untuk Penyenaraian XRP dalam Coinbase

 

Sebagai respon kepada beberapa tuduhan, ketua pasaran XRP Ripple, Miguel Vias secara rasminya menyatakan Ripple tidak membayar Coinbase satu sen pun utnuk menyenaraikan XRP.

Tuduhan bahawa Ripple cuba untuk membeli tempatnya di bursa pertukaran itu telah berlarutan selama beberapa bulan. Laporan daripada Bloomberg pada Ogos tahun lalu memetik empat sumber anonymous “dengan pengetahuan langsung tentang hal itu” yang mengatakan Ripple cuba membeli tempatnya di Coinbase dan Gemini pada masa lalu.

“[Pada tahun 2017], eksekutif Ripple bertanya sama ada pembayaran wang tunai $1 juta boleh memujuk Gemini untuk menyenaraikan XRP dalam suku tahun ketiga, menurut orang yang tahu tentang hal itu. Berikutan itu Ripple cuba untuk meminta Gemini menambah XRP, meneroka strategi seperti memberi rebat dan membayar kos berkaitan, katanya.

Sewaktu perbincangan awal dengan Coinbase tahun lalu, Ripple berkata ia Boleh meminjamkan bursa pertukaran itu XRP bernilai $100 juta untuk membolehkan pengguna mula mendagangkan aset itu. Ripple, tanpa cadangan bertulis, memberitahu Coinbase ia Boleh membayar kembali pinjaman dalam XRP atau dollar. Jika bursa pertukaran itu memilih untuk membayar dalam dollar, ia Boleh memperoleh keuntungan jika token itu Naik harga selepas disenaraikan.”

EXMO affiliate program

Pada penghujung 2017, khabar angin tentang Coinbase menambah XRP tidak menjadi realiti tetapi akhirnya Coinbase secara rasminya menyenaraikan XRP untuk perdagangan pada 26 Februari, mengakhiri spekulasi tentang matawng kripto itu.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/02/28/ripple-denies-paying-for-xrp-listing-on-leading-crypto-exchange-coinbase/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.