Default – Above Header Ads

Ripple Menyertai IOTA, Cardano, ConsenSys dan Swift dalam Usaha Strategik untuk Mengembangkan Blockchain dan Kripto

 

Ripple, sistem penyelesaian pembayaran merentasi sempadan, telah menjadi ahli pengasas International Association for Trusted Blockchain Applications (INATBA).

INATBA menawarkan forum untuk organisasi dengan minat dalam teknologi lejar teragih (DLT) untuk berinteraksi dengan pembuat polisi dan penguatkuasa. Inisiatif ini telah berjaya menggabungkan pemain besar dengan pengaruh, dengan pesaing masing-masing, di bawah satu bumbung untuk cuba menyelesaikan cabaran yang dihadapi kerajaan berkaitan DLT, blockchain dan penggunaan matawang kripto.

CEO Ripple, Brad Garlinghouse berkata:

“Ia adalah suatu penghormatan bagi kami untuk menjadi salah satu daripada ahli pengasas International Association for Trusted Blockchain Applications (INATBA). Ini adalah waktu perubahan untuk industri teknologi lejar teragih. Ia kritikal sebagai industri untuk kita bergabung dan berinteraksi dengan penguatkuasa dan kerajaan seluruh dunia. Usaha yang kita lihat pada European Commission boleh dijadikan teladan dalam usaha ini. Kami teruja untuk terlibat dan tidak sabar untuk menjadi peserta.”

Badan itu mempunyai empat matlamat utama:

  • Komunikasi positif dengan penguatkuasa awam berkenaan pendekatan undang-undang mengenai teknologi lejar teragih dan blockchain
  • Model pentadbiran global untuk blockchain dan infrastruktur teknologi lejar teragih lain
  • Pembangunan dan implementasi standard dan panduan kebolehoperasian
  • Pembangunan panduan sektor spesifik untuk blockchain dan teknologi lejar teragih

Ripple menyertai projek blockchain dan matawang kripto besar lain yang sedang berusaha untuk mengubah landskap undang-undang untuk mengembangkan teknologi blockchain termasuk:

  • IOTA Foundation
  • Cardano Foundation
  • Consensys
  • GuardTime
  • IBM Belgium
  • Italia 4 Blockchain
  • Ledger
  • R3
  • Stablecoin Integration Services Danmark IVS

Sumber:  

https://dailyhodl.com/2019/04/01/ripple-joins-iota-cardano-consensys-and-swift-in-strategic-effort-to-boost-blockchain-and-tackle-crypto/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.