Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ripple, NEM Lancarkan Persatuan Blockchain EU

 

Ripple, NEM dan tiga syarikat berasaskan blockchain lain telah membentuk persatuan pelobi yang akan mewakili minat mereka di Eropah. Digelar ‘Blockchain for Europe’, kumpulan pelobi ini akan bertujuan untuk mewujudkan suara yang boleh dipercayai dan bersatu untuk industry blockchain di Eropah.

Ahli-ahli kumpulan pelobi blockchain ini adalah Ripple, NEM, Fetch.AI, EMURGO/Cardano, yang berkongsi visi sama untuk mengembangkan Eropah menjadi ikutan dalam teknologi blockchain. Untuk melakukan ini, persatuan ini akan membantu Eropah mewujudkan satu “peraturan pintar untuk membentuk agenda global berkenaan blockchain”. Persatuan ini telah mula membuat keputusan yang penting. Bulan lalu, ia menganjurkan Sidang Kemuncak Blockchain untuk Eropah, di mana isu-isu seperti tadbir urus, penjagaan kesihatan dan perdagangan dibincangkan bersama dengan bagaimana teknologi blockchain dapat diintegrasikan ke dalamnya.

Sidang kemuncak itu, yang mempunyai empat kumpulan Parlimen Eropah yang terbesar hadir, menyoroti manfaat teknologi baru ini kepada kedua-dua pihak syarikat berasaskan blockchain dan juga pihak pembuat dasar apabila dua pihak ini bekerjasama.

Sumber:

https://www.finextra.com/pressarticle/76642/ripple-and-three-others-form-blockchain-for-europe-lobby/wholesale

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads