Default – Above Header Ads

Ripple, SBI dan Tangem Bekerjasama untuk Mengembangkan Ekosistem Kripto

 

Tahun lepas, Tangem, syarikat wallet kripto Switzerland memperkenalkan cara fizikal untuk membelanjakan dan mendagangkan matawang kripto. “Smart cards” dan “smart bank notes” adalah perlambangan fizikal matawang kripto yang boleh dibawa dan dibelanjakan oleh pengguna. Ideanya adalah dengan perlambangan fizikal matawang kripto, pengguna akan memberi nota itu dan menjadikan transaksi lebih mudah, dan tiada yuran.

Dengan penggunaan dan perbelanjaan matawang kripto sebagai fokus, Ripple, bersama-sama rakan kongsi dan penyokong, SBI akan melabur $15 juta untuk mempercepatkan jumlah nota Tangem yang diedarkan. Tangem sudah mempunyai mesin layan diri, ATM, penukar wang dan penerimaan yang meluas di kedai runcit dalam radar untuk tahun 2019, dan kemasukan duit ini akan mempercepatkan perancangan itu.

Yoshitaka Kitao, presiden dan CEO firm pelaburan Jepun, SBI, menganggap produk Tangem faktor penting dalam membawa blockchain dan matawang kripto kepada orang ramai. “Wallet Tangem, yang sangat selamat dan berpatutan adalah alat penting untuk mempromosi penggunaan meluas aset digital dan blockchain. Kami percaya dengan menggunakan Tangem akan membantu menghidupkan permintaan untuk perkhidmatan blockchain lain yang ditawarkan SBI.”

SBI telah menjadi rakan kongsi Ripple sejak tahun 2016 dan bursa pertukaran kripto mereka VCTRADE mula menerima deposit XRP pada penghujung tahun 2018. VCTRADE akan menjadi bursa pertukaran kripto pertama yang dikawal selia di Jepun, jadi mereka nampaknya ingin penggunaan meluas kripto daripada banyak sudut.

Ripple baru-baru ini mengesahkan 27 syarikat akan menggunakan XRP, dan 13 lagi akan menggunakan sistem xRapid Ripple. Walaupun ramai dalam ruangan kripto menyatakan bahawa Ripple adalah syarikat yang akan membantu perniagaan berinteraksi sesama sendiri tanpa memerlukan bank, pembangun Ripple tidak mahu awam kehilangan tumpuan terhadap XRP dan platform Ripple akan membantu orang biasa membuat transaksi harian kecil.

Sumber:

https://zycrypto.com/ripple-sbi-and-tangem-team-up-to-expand-crypto-ecosystem-and-speed-up-mass-adoption/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.