Default – Above Header Ads

Roger Ver akan Meninggalkan BCH dan Kembali Kepada BTC, Menurut Cobra

 

Cobra, pengasas bersama bitcoin.org dan Bitcointalk, muncul beberapa jam lalu di media sosial untuk menghidupkan kembali perbahasan Bitcoin vs Bitcoin Cash. Dalam satu tweet yang agak kontroversial yang telah mendapat lebih 600 likes, Cobra mengatakan bahawa dia yakin Roger Ver dan Bcashers yang lain akan meninggalkan sokongan kepada altcoin itu untuk kembali menjadi Bitcoiners sekali lagi.

Roger Ver menjadi terkenal di dunia kripto dengan gelaran “Bitcoin Jesus.” Ahi perniagaan yang dikenali itu adalah salah seorang pelabur terawal Bitcoin dan juga penyokong kuatnya. Namun begitu, dia kemudiannya meninggalkan Bitcoin untuk mendedikasi dirinya dalam projek baru : Bitcoin Cash.

Sejak itu, usahanya untuk melindungi pelaburannya (Roger Ver menjual BTC untuk membeli BCH tetapi gagal untuk melancarkan matawang itu dengan berjaya) membawanya untuk menjalankan taktik-taktik yang ramai pengguna dalam ekosistem kritik kerana ianya tidak jujur. Malah, Ver hampir disaman kerana menipu orang lain untuk membeli BTC, mempercayai ianya adalah BCH.

Melihat kepada perangai Roger Ver, dan mengetahui latar belakang Cobra sebagai karakter penuh kontroversi, ianya sukar untuk tahu sama ada ia hanya lawak sarkastik atau kenyataan yang serius.

Di masa lalu, Cobra telah memuji beberapa kelebihan BCH. Kelajuan transaksi yang tinggi dan yuran yang rendah adalah beberapa ciri-ciri yang dipromosi Cobra, tetapi kuasa pusat yang tinggi dan komuniti yang toksik menyebabkan altcoin ini tidak berjaya menurut pandangannya:

Menurut Cobra, bukan hanya BCH telah mati. BSV, fork BCH yang dipromosi Craig Wright juga dikatalog sebagai shitcoin yang tidak bernilai pada awal tahun ini:

Sehingga kini, Roger Ver masih belum membalas komen Cobra; namun begitu nampaknya ramalan Cobra jauh daripada menjadi realiti. Tweet terakhir Roger adalah untuk promosi perkhidmatan tip BCH oleh laman webnya bitcoin.com.

BCH telah menunjukkan prestasi yang tidak baik pada bulan yang lalu. Mungkin tidak mencukupi untuk memanggilnya projek yang telah mati, tetapi apa yang pasti adalah menaikkan kebimbangan pelabur yang tidak begitu gemar risiko. 

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/roger-ver-will-ditch-bch-and-return-to-btc-cobra-says/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.