Default – Above Header Ads

Saluran Pembayaran Ethereum Raiden Lancarkan Testnet Baru

 

Hampir dua tahun selepas dibentangkan konsep bukti pertama, saluran pembayaran Ethereum Raiden melancarkan testnet kedua. Menurut pengumuman projek itu, Raiden melihat testnet ini sebagai peluang untuk menyelesaikan beberapa “masalah kecil”, dan melihat sebarang bugyang tersisa sebelum pelancaran mainnetRed Eyes. Rangkaian Raiden adalah “state channel,” yang merupakan saluran rantaian luar (off-chain channel) yang bertujuan untuk mengurangkan trafik pada blockchain, dengan itu meningkatkan kadar potensi transaksi.

State channelmencatatkan kutipan transaksi antara pengguna, hanya menambah transaksi tersebut ke blockchain sebaik sahaja saluran transaksi ditutup. Dalam versi paling mudah, dua pihak yang berurusniaga akan memasuki saluran pembayaran Raiden dan menyelesaikan satu siri transaksi secara persendirian. Pada akhirnya, mereka akan keluar dari state channeldan baki akhir mereka, dan bukannya setiap transaksi individu, akan ditambah ke blockchain.

Raiden Network mengadakan pelancaran token dana bermula pada akhir Oktober 2017 dan berakhir pada 1 November 2017. Sejak itu, Raiden tidak membuat pengumuman besar mengenai kemajuan projek itu, walaupun terdapat pengumuman mengenai kemas kini kod dan pembetulan bug.

Sumber:

https://medium.com/@raiden_network/raiden-red-eyes-testnet-release-cd4fc9cfaf6

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.